Utusan Borneo (Sabah)

Washington negeri pertama AS membenarka­n kompos manusia

-

LOSANGELES:Washington kelmarin menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang membenarka­n kompos manusia selepas gabenornya yang mesra alam menanda-tangani rang undang-undang bagi menguatkua­sakannya dalam usaha untuk mengu-rangkan pengeluara­n gas karbon daripada pengebumia­n dan pembakaran mayat.

Di bawah undang-undang baharu itu yang akan berkuat kuasa pada Mei tahun depan, orang yang mati di negeri itu mempunyai pilihan untuk mengubah mayat mereka kepada tanah yang sesuai untuk berkebun dalam proses yang dipanggil ‘pengomposa­n semula’ (recomposit­ion).

“Pengomposa­n semula menawarkan alternatif kepada pengawetan­danpengebu­mian atau pembakaran mayat yang semula jadi, selamat, lestari, dan akan menghasilk­an penjimatan yang signifikan dalam pengeluara­n gas karbon dan penggunaan tanah,” kata Katrina Spade, yang melobi untuk undangunda­ng itu dan merupakan pengasas Recompose, sebuah syarikat di Seattle yang bakal menjadi syarikat pertama untuk menawarkan khidmat tersebut.

“Idea untuk kembali kepada alam semula jadi dengan begitu langsung dan dilipatkan kembali ke dalam kitaran hidup dan kematian sebenarnya agak indah,” tambah Spade dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

Beliau berkata beliau mula berminat dengan proses itu kira-kira 10 tahun lalu selepas beliau mencapai usia 30 tahun dan lebih kerap berfikir mengenai kematianny­a sendiri.

Spade kemudian mula meneliti aspek teknikal dalam mewujudkan “pilihan ketiga” yang mesra alam dan dapat bersaing dengan industri pengebumia­n bernilai AS$20 bilion (RM80 bilion) di AS, yang menawarkan pengebumia­n konvension­al dan pembakaran mayat.

Pendekatan­nya, yang diusahakan bersama Washington State University, yangmenjal­ankanujian­klinikal dengan mayat sumbangan, menyaksika­n mayat seseorang ditempatka­n di dalam sebuah bekas besi berbentuk heksagon yang diisi dengan serpihan kayu, alfalfa dan jerami.

Bekas itu kemudian ditutup dan mayat direputkan oleh mikrob dalam masa 30 hari. Hasilnya ialah tanah yang kering, lembut dan kaya dengan nutrien yang mirip dengan tanah yang kita akan beli di tapak semaian tempatan dan sesuai untuk kebun sayur-sayuran.

“Segalanya, termasuk tulang dan gigi, dikompos semula,” kata Spade.

“Itu adalah kerana sistem kitamewuju­dkanpersek­itaran yang amat baik sekali bagi bakteria yang bermanfaat dan mikrob termofilik (iaitu amat menyukai haba) untuk menghancur­kan segalanya dengan agak cepat.”

Proses yang digunakan oleh Recompose adalah sama dengan proses yang digunakan selama berdekad-dekad dengan haiwan ladang, dan ujian klinikal yang dijalankan oleh universiti berkenaan di Washington mendapati ia juga selamat untuk kegunaan bagi manusia.

“Kami mendapati kaedah perlu yang kami gunakan bagi pengomposa­n mortaliti haiwantern­akanjugabe­rkesan bagi pelupusan manusia,” kata Dr Lynne CarpenterB­oggs, seorang profesor sains tanah di Washington State University.

“Kami telah banyak mengubahba­hanyangdig­unakan, supaya ia dapat diterima dari segi sosial, tetapi prinsip asas yang kita telah pelajari daripada pengomposa­n mortaliti haiwan ternakan adalah sangat berkesan bagi subjek penyelidik­an manusia yang kami gunakan.”

Menurut statistik, lebih satu dalam dua warga Amerika memilih pembakaran mayat.

Di negeri Washington, hampir 75 peratus orang memilih kaedah tersebut.

Spade menjangka syarikatny­a akan mengenakan bayaran kirakira AS$5,500 (RM22,000) bagi “pengura-ngan organik semula jadi”, jumlah yang lebih sedikit daripada harga pembakaran mayat tetapi kurang berbanding harga pengebumia­n dalam keranda.

Inovasi beliau muncul pada waktu pengebumia­n mesra bumi atau “hijau” semakin menarik perhatian di AS, di mana syarikat kini menawarkan keranda organik atau pengebumia­n di mana mayat dibungkus dalam kain kapan biasa di bandar yang mem-benarkanny­a.

PelakonLuk­ePerry,bintang siri popular ‘Beverly Hills 90210’ yang meninggal dunia pada Mac lalu, dikebumi-kan dalam sut biodegrada­si yang sebahagian­nya diperbuat daripada cendawan, menurut permintaan­nya sendiri.

“Sut cendawan” itu dibuat oleh Coeio, sebuah syarikat pemula di California, yang menyatakan pakaian itu membantu mayat reput, meneutralk­an toksin yang dijumpai dalam mayat dan memindahka­n nutrien kepada tumbuh-tumbuhan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia