Utusan Borneo (Sabah)

Protes jalanan gegar Jakarta

Ekoran rapat umum yang bantah pemilihan semula presiden Jokowi

-

JAKARTA: Polis Indonesia semalam berkata mereka sedang menyiasat laporan bahawa sekurangku­rangnya seorang penunjuk perasaan maut dalam pertelingk­ahan yang berlaku di ibu negara Jakarta kelmarinma­lamekoranr­apat umum yang membantah pemilihan semula Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Pihak berkuasa yang memakai kelengkapa­n rusuhan melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan orang ramai dari pusat Jakarta pada awal pagi semalam, setelah sebahagian penunjuk pera-saan enggan meninggalk­an kawasan dan melontar mercun dan batu ke arah polis.

Terdahulu, beberapa penunjuk perasaan membakar gerai pasar, menurut seorang pemberita AFP di tempat kejadian, selain beberapa kereta.

Ia tidak segera jelas berapa ramai penunjuk perasaan atau anggota polis yang mungkin cedera.

Namun jurucakap polis negara Dedi Prasetyo berkata pihak berkuasa sedang menyiasat laporan bahawa seorang penunjuk perasaan telah mati selepas terkena peluru sesat, tetapi beliau menafikan bahawa polis telah melepaskan peluru hidup.

“Kami masih memeriksa, tetapi saya perlu menegaskan bahawa anggota polis tidak dilengkapi dengan peluru hidup,” katanya kepada pemberita.

Kira-kira 20 orang ditangkap, tambahnya.

Seorang bekas komander pasukan khas terdahulu ditahan kerana cuba menyeludup senjata ke dalam demonstras­i, menurut kerajaan.

Sebuah stesen kereta api komuter utama di kawasan berkenaan telah ditutup buat sementara waktu, manakala jalan disekat di beberapa baha-gian di bandar raya yang besar dan luas itu.

Beberapa gedung belibelah, premis perniagaan dan sekolah juga ditutup.

Lebih 30,000 anggota tentera dikerahkan ke seluruh Jakarta bagi menangani tunjuk pera-saan selepas keputusan rasmi pilihan raya diterbitka­n.

Pada Selasa, Suruhanjay­a Pilihan Raya Indonesia mengesahka­n Jokowi, 57, telah menewaskan jeneral tentera bersara Prabowo Subianto bagi jawatan presiden dalam pilihan raya yang diadakan pada 17 April lalu.

Subianto telah menyatakan beliau akan mencabar keputusan itu di mahkamah, dan terdahulu memberi amaran bahawa dakwaannya tentang penipuan yang berleluasa boleh mencetuska­n protes jalanan.

Beberapa ribu orang berhimpun untuk menyokong Subianto dekat pejabat agensi penyeliaan pilihan raya di tengah ibu negara kelmarin.

Protes itu berakhir dengan aman tetapi kemudian rusuhan meletus beberapa jam kemudian selepas beberapa penunjuk perasaan kembali ke kawasan berkenaan. — AFP

 ?? Gambar Reuters ?? GAMBAR antara foto menunjukka­n polis berpakaian biasa menangkap penunjuk perasaan selepas pertelingk­ahan di Jakarta, Indonesia pada awal semalam. —
Gambar Reuters GAMBAR antara foto menunjukka­n polis berpakaian biasa menangkap penunjuk perasaan selepas pertelingk­ahan di Jakarta, Indonesia pada awal semalam. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia