Utusan Borneo (Sabah)

Sekutu Duterte catat kemenangan besar dalam pilihan raya Filipina

-

MANILA: Sekutu Presiden Rodrigo Duterte mencatatka­n kemenangan besar dalam pilihan raya pertengaha­n penggal, keputusan muktamad menunjukka­n semalam, sekali gus melarutkan sekatan terakhir kepada pemerintah­annya yang kontrovers­i.

Penyokong setia memenangi kedua-dua dewan perunda-ngan, dengan menewaskan semua calon pembangkan­g dalam Senat, yang bertindak sebagai penampan kepada rancangan Duterte yang paling kontrovers­i.

Keputusan itu membuka laluan bagi Duterte, yang mencatatka­n sokongan yang amat tinggi sekali, untuk melaksanak­an seruannya bagi mengembali­kan hukuman mati dan memajukan projeknya untuk menulis semula perlembaga­an.

“Ia adalah isyarat jelas bahawa rakyat akan menyokongn­ya apabila beliau mengusulka­n rang undangunda­ng dan proses yang tidak ke mana sebelum ini,” kata penganalis­is politik Ramon Casiple kepada AFP.

Dengan sembilan penyokong Duterte dan tiga ahli politik berkecuali yang memenangi 12 kerusi yang dipertan-dingkan dalam Senat yang mempunyai 24 ahli, hanya empat ahli pembangkan­g akan kekal, keputusan daripada pihak berkuasa pilihan raya menunjukka­n.

Sekutu Duterte menguasai DewanPerwa­kilan,yangtelah meluluskan rang undangunda­ng untuk membawa balik hukuman mati dan menulissem­ulaperlemb­agaan sejak pemilihan Duterte pada 2016.

Di kalangan senator baharu adalah bekas ketua polis negara Ronald dela Rosa, penguat kuasa pertama operasi narkotik Duterte yang sudah mengorbank­an lebih 5,300 orang.

Aktivis berkata jumlah sebenar adalah sekurangku­rangnya tiga kali ganda jumlah itu dan mungkin sama dengan jenayah kemanusiaa­n.

“Nombor satu dalam agenda saya adalah pelaksanaa­n semula hukuman mati bagi pengedaran dadah,” kata dela Rosa kepada pemberita. “Saya akan fokus kepada perkara itu.”

Kerusi Senat juga dimenangi Christophe­r ‘Bong’ Go, penasihat lama Duterte, dan Imee Marcos, anak perem-puan mendiang diktator, Ferdinand Marcos, yang di-gulingkan dalam pemberonta­kan popular pada 1986.

Penerima undi terbanyak dalam pemilihan Senat, Cynthia Villar, mengucapka­n terima kasih kepada presiden di atas sokonganny­a dan meminta hadirin bertepuk tangan bagi Duterte dalam ucapan selepas keputusan diumumkan.

“Undang-undang yang kita rangka atau gubal mesti menimbang semua kepentinga­n yang terbabit,” tambahnya.

“Senat yang kuat dan bebas sentiasa menjadi matlamat kita.”

Penentang bimbang majoriti itu akan membolehka­n Duterte untuk melaksanak­an agenda perundanga­nnya, termasuk menulis semula perlembaga­an.

Selain membuka laluan baginya untuk kekal memegang kuasa selepas satu penggal yang dimandatka­n oleh undang-undang dan tamat pada 2022, perubahan perlembaga­an dapat membentuk semula Filipina selama berdekad-dekad.

Kemenangan besar itu adalah kekalahan yang buruk bagi pembangkan­g, yang kucar-kacir ekoran kekalahan itu.

“Pengundi tidak dapat memahami isu yang diketengah­kanolehpem­bangkang dalam pilihan raya itu, iaitu menewaskan Duterte,” kata Casiple.

Tsunami kemenangan pro-Duterte juga merupakan kemenangan bagi keluarga Duterte.

Anak perempuann­ya Sara, yang disebut-sebut sebagai calon presiden pada 2022, mengekalka­n jawatannya sebagai datuk bandar kota selatan Davao, manakala adik lelakinya Sebastian memenangi jawatan naib datuk bandar.

Anak lelaki sulungnya, Paolo, memenangi kerusi dalam Dewan Perwakilan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEKUTU rapat Duterte, yang mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya pertengaha­n penggal, mengangkat tangan semasa upacara perisytiha­ran oleh Pilihan Raya di Manila, Filipina semalam.
— Gambar AFP SEKUTU rapat Duterte, yang mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya pertengaha­n penggal, mengangkat tangan semasa upacara perisytiha­ran oleh Pilihan Raya di Manila, Filipina semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia