Utusan Borneo (Sabah)

Kajian budaya dan had umur peserta antara perubahan UNK 2019

-

KAJIAN budaya dan had umur penyertaan antara perubahan yang dilakukan dalam Pertanding­an Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019.

Pengerusi Jawatankua­sa Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah JoAnna Sue Henley Rampas berkata ia adalah sebahagian daripada penambahba­ikan dalam Pertanding­an Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsun­g pada 27 Mei hingga 1 Jun depan.

“Setiap peserta UNK kali ini diwajibkan untuk mendokumen­tasikan kajian kebudayaan dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakiliny­a.

“Kajian itu pula perlu dibentangk­an kepada para juri semasa sesi prapenilai­an pada 28 Mei dan tiga pemenang utama dikehendak­i membuat satu lagi kajian mengenai masyarakat setempat atau DUN masing-masing dalam tempoh satu tahun,” katanya selepas kunjungan hormat kepada isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah RM Jasni di Istana Negeri, pada Rabu.

Selain itu, Jo-Anna turut memaklumka­n terdapat perubahan had umur peserta sementara penyertaan peserta kali ini adalah mengikut DUN.

“Had umur peserta pertanding­an UNK kali ini telah ditingkatk­an daripada 25 tahun kepada 27 tahun agar lebih ramai gadis Kadazan Dusun Murut (KDM) dapat mengambil bahagian.

“Di samping itu, para peserta juga mewakili DUN masing-masing bagi mengetenga­hkan etniketnik yang ada di setiap DUN sebagai salah satu inisiatif memelihara dan memulihara budaya KDM,” katanya.

Selain penyertaan dari setiap DUN di Sabah, Persatuan Kebudayaan Kadazandus­un Murut (KDCA) Pulau Pinang, Johor, Lembah Klang dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya akan turut mengambil bahagian dalam UNK 2019.

 ?? Gambar JABATAN PENERANGAN ?? JO-ANNA (empat dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Norlidah (tengah). -
Gambar JABATAN PENERANGAN JO-ANNA (empat dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Norlidah (tengah). -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia