Utusan Borneo (Sabah)

Bantu golongan memerlukan

Jelajah Ramadan RTM santuni penghuni RAY Kg Silad

-

RANAU: Jelajah Ramadan Jabatan Penyiaran Malaysia (JR RTM) Musim Ke-8 menyantuni 40 penghuni Rumah Anak Yatim (RAY) dan Asnaf di Kampung (Kg) Silad di sini, 111 km dari Kota Kinabalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paginatan Datuk Abidin Madingkir berkata program itu merupakan satu platform dan inisiatif berterusan dalam mendekati serta membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa.

“Selaku wakil rakyat di kawasan ini, saya ingin merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak RTM serta semua yang terlibat menjayakan­nya.

“Nilai kerjasama dan persefaham­an semua pihak dalam menjayakan program ini perlu diteruskan dan dibudayaka­n dalam kalangan masyarakat setempat serta pemimpin akar umbi.

“Hal ini penting dalam memastikan pembanguna­n serta bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan tepat kepada golongan sasar tanpa dihalang oleh kerenah birokrasi,” katanya dalam ucapan aluan menyambut ketibaan rombongan JR RTM di RAY Kg Silad pada Selasa.

Tambah beliau, jabatan kerajaan dan agensi swasta perlu lebih banyak menghulurk­an sumbangan bukan hanya pada bulan tertentu malah sepanjang masa bagi memastikan golongan sasar menerima bantuan selayaknya.

“Pemimpin-pemimpin setempat, jabatan kerajaan dan agensi korporat perlu memberikan­sokonganke­pada program-program seumpama ini supaya ia dapat memberi manfaat kepada golongan sasar yang memerlukan,” katanya.

Program JR RTM di RAY itu merupakan destinasi terakhir selepas jelajah bermula pada 15 Mei di Keningau seterusnya ke Tawau dan Sandakan.

Terdahulu, para peserta JR bergotong-royong membaik pulih asrama dan strukur kemudahan asas lain bagi kegunaan kira-kira penghuni RAY itu termasuk mewujudkan perpustaka­an mini.

Dalam pada itu, ia merupakan kerjasama daripada pelbagai jabatan dan agensi termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jabatan Pertanian Ranau, Cement Industry, Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Pusat Zakat Sabah, Bank Rakyat serta syarikat-syarikat korporat dan individu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran (Strategik) Nor Yahati Awang, Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Julaspi, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pembanguna­n) Alex Liew, Pemimpin Pembanguan Masyarakat Paginatan Hishamudin Harun dan Penyelaras Rumah Anak Yatim dan asnaf Kg Silad Hainin Abdullah.

 ??  ?? ABIDIN (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Hainin (dua dari kiri), sambil diperhatik­an Shakib Ahmad (kiri), Jonathan (tengah), Nor Yahati (tiga dari kanan) dan Malinaziah (dua dari kanan).
ABIDIN (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Hainin (dua dari kiri), sambil diperhatik­an Shakib Ahmad (kiri), Jonathan (tengah), Nor Yahati (tiga dari kanan) dan Malinaziah (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia