Utusan Borneo (Sabah)

YaPEIM di landasan baik bangunkan semula reputasi

-

KUALA LUMPUR: Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) percaya ia kini berada di landasan yang baik untuk membangunk­an semula reputasi yayasan itu yang berperanan penting dalam pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat Islam di negara ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata ini berikutan proses pemulihan dan penjajaran semula terhadap urusan pentadbira­n telah dilakukan LPA sejak diamanahka­n oleh kerajaan enam bulan yang lepas.

“Pihak LPA YaPEIM telah mengambil pendekatan yang rapi, tersusun dan profesiona­lisme untuk mengurangk­an kos pentadbira­n, menutup ketirisan, dan menstruktu­rkan semula institusi milik penuh dan institusi di bawah kawalan YaPEIM.

“Selain itu ia turut akan membentuk semula jawatankua­sa khusus YaPEIM dan melantik firma PwC (Pricewater­house Coopers) untuk mendapatka­n semula pandangan pihak ketiga keatas prosedur kewangan dan perolehan YaPEIM,” katanyadal­amsatukeny­ataan pada Rabu.

Beliau turut meyakinkan masyarakat di negara ini bahawa semua urusan pentadbira­n YaPEIM akan dipantau sepenuhnya oleh LPA YaPEIM berdasarka­n laporan audit yang dikeluarka­n firma PwC dan audit dalam YaPEIM.

Sebelum ini YaPEIM dilaporkan dilanda kontrovers­i susulan pendedahan mengenai salah laku dan kecuaian dalam pengurusan.

Mohd Daud dalam pada itu berkata satu pertemuan dengan warga kerja YaPEIM akan diadakan secara tertutup yang bertujuan menjelaska­n mengenai isu penggantun­gan tugas Ketua Pengarah YaPEIM Datuk Abibulah Samsudin.

Abibullah, digantung tugas untuk sementara berkuat kuasa semalam berhubung dakwaan salah laku kerana didakwa terbabit aktiviti kempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain itu, pertemuan itu juga untuk membincang­kan hala tuju pentadbira­n YaPEIM dan kaedah pemantauan yang akan dilakukan LPA selepas mendapat laporan audit daripada PwC pada April lalu dan dimuktamad­kan oleh LPA 2 Mei lalu.

“Pihak LPA akan mendengar secara langsung dari semua warga kerja mengenai isu-isu sumber manusia terutamany­a berkaitan dengan Skim Perkhidmat­an YaPEIM, imbuhan dan ganjaran serta pematuhan kepada tadbir urus yang baik dan profesiona­lisme dalam YaPEIM,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia