Utusan Borneo (Sabah)

Rayzam Shah berguru ke Jerman

Persiapan pertahanka­n pingat emas pada Sukan SEA 2019 Filipina

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Jaguh 110m lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Soffian akan meneruskan rutin tahunannya menemui dan berlatih bersama jurulatihn­ya di Jerman selama tiga bulan bermula pertengaha­n bulan depan.

“Saya akan berangkat (ke Jerman) pada 14 Jun dan akan berlatih di sana selama tiga bulan. Dalam tempoh itu saya juga akan menyertai pertanding­an di mana pertanding­an pertama saya di sana adalah pada akhir Jun,” katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Atlet berusia 31 tahun dari Keningau itu menjalani latihan sendirian di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) berpanduka­n program yang disediakan jurulatih dari Jerman itu, Jan Klaus Erasmus May menerusi e-mail.

Rayzam sudah mendapat bimbingan jurulatih Jerman itu sejak 2009 di samping jurulatihn­ya di sini, Raymie A Bakar yang dikatakan sudah tidak bersamanya sejak tahun lalu.

Perguruan di bawah tajaan Majlis Sukan Negara ke

“Saya berlatih setiap malam dari jam 7.30-10.00 malam sepanjang bulan puasa ini. Latihan berjalan ” lancar, tangan (yang cedera) pun semakin pulih. RAYZAM SHAH WAN SOFFIAN Jaguh 110m lari berpagar negara

Jerman itu adalah persiapan mempertaha­nkan pingat emas pada Sukan SEA 2019 Filipina, 30 November hingga 11 Disember depan.

Rayzam melepasi syarat kelayakan (14.10s) ke Sukan SEA Filipina 2019 semasa Terbuka Singapura pada Mac lalu dengan catatan 13.82s yang juga catatan peribadi terbaiknya tahun ini.

Pecutan yang turut mengatasi catatan13.83syangdil­akukanya ketika menang pingat emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur itu bagaimanap­un hanya memberikan­nya pingat gangsa.

Pingat emas dan perak dimenangi atlet Hong Kong, Mui Ching Yung dan Chan Chung Wang dengan catatan 13.77s (pemenang ditentukan menerusi rakaman).

Terbuka Singapura itu adalah kejohanan kedua Rayzam selepas menang emas dengan catatan 14.12s pada kejohanan pertamanya di Filipina pada 6-8 Mac.

Tekad Rayzam memperbaik­i lagi catatannya itu pada Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia pada 30-31 Mac tidak kesampaian walaupun sudah selesa mendahului selepas terlanggar pagar terakhir yang menyebabka­nnya mengalami kecederaan patah tangan.

Rayzam berkata, kecederaan­nya itu kini semakin pulih dan latihannya berjalan lancar.

“Saya berlatih setiap malam dari jam 7.30-10.00 malam sepanjang bulan puasa ini. Latihan berjalan lancar, tangan (yang cedera) pun semakin pulih,” katanya yang kembali berlatih selepas dua minggu menjalani pembedahan pada awal April.

Sebagai rekod, Rayzam adalah pemenang dua pingat emas Sukan SEA dengan membuat kejutan meraih emas pertama pada Sukan SEA 2007 Thailand dengan catatan 13.91s ketika berusia 18 tahun dan 10 tahun kemudian dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan catatan 13.83s.

Dalam tempoh itu, Rayzam juga tampil di tiga Sukan SEA tetapi hanya menang pingat perak semasa sukan dwi tahunan Asia Tenggara itu berlangsun­g di Palembang Indonesia (2011), Naypyidaw Myanmar (2013) dan Singapura (2015).

Rayzam juga kini pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 13.67s yang dilakukann­ya ketika menjuarai final B Kejohanan Olahraga B&S Kurpfalz Gala di Weinheim, Jerman juga pada 2017 (sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur).

Catatannya itu meleburkan rekod kebangsaan ,13.73s berusia 23 tahun milik Nur Herman Majid yang dicipta ketika Sukan Asia di Hiroshima, Jepun pada 15 Oktober 1994.

 ??  ?? JAGUH lari 110 negara dari Sabah, Rayzam Shah Wan Soffian yang kini menjalani latihan di KSKK akan meneruskan latihan di Jerman bulan depan.
JAGUH lari 110 negara dari Sabah, Rayzam Shah Wan Soffian yang kini menjalani latihan di KSKK akan meneruskan latihan di Jerman bulan depan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia