Utusan Borneo (Sabah)

PBJ tidak akan calonkan Amril Aiman sebagai Presiden KAFA

-

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) tidak akan memilih ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz sebagai calon presiden Persatuan BolaSepakK­elantan(KAFA) sekiranya presiden KAFA ketika ini Bibi Ramjani Ilias Khan melepaskan jawatan terbabit.

Yang Dipertua PBJ Tanah Merah Kamarudin Mohamad berkata walaupun ahli perniagaan terbabit mempunyai hasrat menjadi presiden namun Amril Amin belumberju­mpadenganP­BJPBJ untuk berbincang.

“Dia bukan calon dari PBJ , dia hanya menawarkan diri untuk menggantik­an Bibi Ramjani, kami ahli gabungan KAFA tidak akan melantik dia sebagai calon presiden.

“Kami sudah mempunyai calon sesuai, perbincang­an dengan individu itu sudah berlansung dan dia menunjukka­n respon positif untuk terlibat dalam memulihkan imej bola sepak Kelantan,” katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Sebelum ini, ahli perniagaan itu menawarkan diri untuk mengambil alih tampuk kepimpinan KAFA daripada presiden sekarang, Bibi Ramjani.

Kamarudin berkata beliau yakin individu terbabit yang akan diangkat oleh PBJ mampu kembalikan semula pasukan Kelantan seperti sebelum ini.

“Individu itu mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan sukan sebelum ini walaupun bukan sukan bola sepak.

“Semua PBJ sudah sedia dan surat kita akan mengahanta­r kepada KAFA seminggu selepas raya iaitu tujuh PBJ yang mendesak Bibi Ramjani letak jawatan akan menyerahka­n surat terbabit secara serentak di pejabata KAFA,” katanya.

Di bawah kepimpinan Bibi Ramjani, Kelantan tidak menunjukan banyak kejayaan sebaliknya dilanda pelbagai isu terutama tunggakan gaji sehingga pasukan itu terpaksa turun dari Liga Super dan bermain di Liga Premier musim ini.

Bibi Ramjani menerima desakan hebat daripada PBJ, kelab penyokong dan bekas pemain untuk melepaskan jawatan itu apabila Kelantan berada di kedudukan tercorot saingan liga premier musim ini. Bernama

 ??  ?? AMRIL
AMRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia