Utusan Borneo (Sabah)

Program kebajikan perlu diperkasa

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Program kebajikan perlu diperkasak­an walaupun ia menjadi amalan setiap tahun kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

Menterinya Datuk Jaujan Sambakong berkata, kerajaan sangat prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan sentiasa berusaha untuk membantu mereka.

“Bulan Ramadan tahun ini sangat baik, saya dapat melihat banyak program diadakan termasuk oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat, yang turut sama memberikan sumbangan kepada mereka yang tidak berkemampu­an.

“Selain berpuasa, kita juga tidak lupa menunaikan tanggungja­wab menyampaik­an bantuan kepada anak yatim yang kita sedar mereka adalah insan yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Semarak Ramadan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong anjuran KKTP, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, usaha memberikan bantuan seumpamany­a perlu diperkasak­an dari semasa ke semasa agar mampu melahirkan masyarakat yang sama rata.

“Walaupun kita berada di peringkat kepimpinan, jangan sesekali lupa di peringkat akar umbi.

“Kalau ada makan mesti sama-sama dapat makan, sama-sama dapat minum. Inilah konsep kita terapkan dalam pentadbira­n hari ini,” katanya.

Menurutnya, perkara yang menjadi fokus kerajaan baharu adalah menjadikan kepentinga­n rakyat sebagai keutamaan.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap KKTP Masnah Matsalleh serta tetamu kehormat yang lain.

Pada majlis itu, seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Kesayangan Sembulan, Taman Sri Rugading Tuaran, Kampung Kindu Tuaran dan Kg Rampayan Manggatal menerima bantuan.

 ??  ?? JAUJAN (empat kanan) menyampaik­an sumbangan sempena majlis itu. Turut kelihatan Setiausaha Tetap KKTP, Masnah Matsalleh (lima kanan).
JAUJAN (empat kanan) menyampaik­an sumbangan sempena majlis itu. Turut kelihatan Setiausaha Tetap KKTP, Masnah Matsalleh (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia