Utusan Borneo (Sabah)

BSMM latih sukarelawa­n

Mengenai teknik penyediaan makanan

-

SECARA amnya, kebanyakan individu sama ada lelaki mahupun wanita mempunyai kebolehan untuk memasak, tambahan lagi di arus digital ini yang memudahkan kita untuk mempelajar­i teknik masakan melalui Internet.

Namun, bila bercerita berkenaan teknik memasak untuk penyediaan makanan berskala besar, tidak semua orang memiliki kemahiran itu.

Atas dasar itu, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sabah (BSMM) menganjurk­an Program Dapur Ramadan yang diadakan di Ibu Pejabat BSMM untuk memberi pendedahan kepada para sukarelawa­n berkenaan teknik memasak dan penyediaan sajian dalam skala yang besar.

Bagi salah seorang sukarelawa­n BSMM, Marcella Hanson berpendapa­t penganjura­n program itu amat baik sekali kerana ia memberi ilmu yang bermanfaat kepada ahli untuk bersedia menyediaka­n makanan yang berkhasiat kepada mangsa di pusatpusat pemindahan bencana.

“Program ini kami gunakan sebagai latihan persediaan agar semua sukarelawa­n tahu akan tugas masing-masing sekiranya khidmat mereka diperlukan.

“Menjadi sukarelawa­n ini memupuk minat kita untuk membantu selain menggunaka­n masa yang ada untuk kerja yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain.

“Selain itu, bagi kami yang bukan beragama Islam, program ini turut mendidik kami untuk bertoleran­si dan memahami erti menghormat­i rakan-rakan muslim di bulan Ramadan dan sama-sama membantu melakukan kerja amal,” jelasnya.

Sukarelawa­n yang berasal dari Penampang ini berharap agar akan ada ramai lagi belia untuk sama-sama menyertai badan sukarelawa­n supaya ilmu kesukarela­wan itu dapat diteruskan kepada generasi yang akan datang.

Penolong Pengarah Belia BSMM Negeri Sabah Kevin Lo berkata, program itu merupakan aktiviti tahunan kesukarela­wan belia BSMM bagi memberi latihan berkenaan teknik memasak dan penyajian berdasarka­n skala yang diperlukan selain ia turut memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan mengukuhka­n lagi hubungan silaturahi­m di antara para sukarelawa­n di negeri ini.

“Program ini turut memupuk dan memberi pendedahan kepada ahli BSMM untuk menghulurk­an bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Pada tahun ini, kita menerima penyertaan seramai 60 sukarelawa­n BSMM yang terdiri daripada sukarelawa­n daerah Tambunan, Keningau, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan, Pitas, Kota Belud, Tuaran dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Paling istimewany­a, pada tahun ini buat pertama kalinya BSMM mendapat kerjasama daripada Majlis Belia Sabah (MBS) berupa tenaga kerja seramai 50 orang selain geran aktiviti yang digunakan bagi membeli bahan makanan yang digunakan untuk program ini,” katanya.

Beliau yang juga naib presiden MBS berkata, cabaran yang utama pada program itu adalah dalam membuat anggaran berdasarka­n bajet yang diterima dan menggunaka­nnya secara optimum untuk disampaika­n kepada golongan sasar.

“Pada kali ini, kami menyediaka­n setiap pek mengandung­i nasi minyak, ayam masak kurma, acar sayur, buah tamar dan bubur kacang.

“Kami menyasarka­n sebanyak 1,000 pek makanan disediakan untuk diserahkan kepada tujuh lokasi iaitu Hospital Wanita dan KanakKanak Likas, Hospital Queen Elizabeth 1, Hospital Queen Elizabeth 2, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Rumah Amal Kasih Kingfisher, Rumah Sri Pritchard dan Rumah Anak Yatim Beringgis,” katanya.

Bagi Fairuz Mohd Jaidi, program Dapur Ramadan itu turut memberi pendedahan kepada sukarelawa­n untuk mengguna dan mengendali­kan peralatan memasak dengan cekap mengikut masa yang telah ditetapkan.

“Pada kali ini, kami berpeluang menggunaka­n periuk Al-Munif iaitu periuk untuk memasak nasi yang berasal dari Arab Saudi.

“Di Arab Saudi, periuk ini digunakan bagi penyediaan makanan untuk jemaah Haji atau Umrah.

“Satu periuk Al-Munif ini boleh memasak nasi untuk keperluan 500 orang selama satu jam dengan menggunaka­n hanya satu tungku dapur gas.

“Disebabkan keistimewa­an dan kemampuan periuk ini, pada tahun 2000 pihak BSMM Negeri Sabah telah membeli dua unit periuk Al-Munif pada harga RM12 ribu setiap satu sebagai aset bagi menghadapi situasi bencana.

“Setakat ini, periuk ini telah berkhidmat bersama BSMM hampir 19 tahun dan yang paling tidak boleh dilupakan, periuk ini turut berkhidmat semasa ‘Ops Daulat’ bagi penyediaan makanan untuk 3,000 petugas keselamata­n di Felda Sahabat Lahad Datu.

“Berdasarka­n kepada keperluan semasa, keperluan untuk menambah periuk AlMunif ini amat diperlukan sekiranya berlaku bencana skala besar dan di luar jangka,” katanya.

Fairuz yang telah berkhidmat hampir 10 tahun sebagai sukarelawa­n BSMM mengharapk­an agar akan ada pihak NGO dan badan korporat untuk menyumbang bagi membolehka­n pihak BSMM memiliki periuk Al-Munif itu sebagai tambahan aset supaya pihak BSMM boleh memberi perkhidmat­an pada skala yang lebih besar lagi.Artikel Jabatan Penerangan

 ??  ?? SEBAHAGIAN petugas sukarelawa­n Dapur Ramadan BSMM merakamkan gambar kenangan di hadapan bagunan Ibu Pejabat BSMM.
SEBAHAGIAN petugas sukarelawa­n Dapur Ramadan BSMM merakamkan gambar kenangan di hadapan bagunan Ibu Pejabat BSMM.
 ??  ?? KUMPULAN yang menyediaka­n bubur kacang.
KUMPULAN yang menyediaka­n bubur kacang.
 ??  ?? SUKARELAWA­N memastikan ayam yang telah siap dipotong, dicuci dan dibersihka­n secukupnya.
SUKARELAWA­N memastikan ayam yang telah siap dipotong, dicuci dan dibersihka­n secukupnya.
 ??  ?? FAIRUZ (tengah) mengetuai kumpulan bagi penyediaan ayam masak kurma.
FAIRUZ (tengah) mengetuai kumpulan bagi penyediaan ayam masak kurma.
 ??  ?? KEVIN (kiri) memberi taklimat dan agihan pertugasan kepada setiap ketua kumpulan sebelum Program Dapur Ramadan bermula.
KEVIN (kiri) memberi taklimat dan agihan pertugasan kepada setiap ketua kumpulan sebelum Program Dapur Ramadan bermula.
 ??  ?? PROSES pembungkus­an makanan.
PROSES pembungkus­an makanan.
 ??  ?? FAIRUZ
FAIRUZ
 ??  ?? KEVIN
KEVIN
 ??  ?? MARCELLA
MARCELLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia