Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Siswazah Sabah santuni golongan asnaf

-

PERSATUAN Siswazah Sabah menganjurk­an Jelajah Ramadan Siri ke-11 bagi tahun 2019 yang merupakan satu program tahunan bagi meraikan Ramadan.

Program yang disertai seramai 13 ahli itu bermula seawal jam 7.30 pagi dan berlangsun­g sehingga ke tengahari.

Program kali ini mendapat bantuan daripada wakil setempat, Ustaz Suhaili Faiman, yang merupakan guru pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Babagon, selaku penggerak aktiviti kebajikan muslim sekitar daerah ini, bagi memudah cara dalam mengenal pasti penerima sumbangan yang terpilih.

Suhaili berkata, program itu adalah yang kedua selepas hari sebelumnya di mana beliau mengiringi beberapa guru untuk menyampaik­an sumbangan kepada 15 keluarga di daerah yang sama.

Katanya Jelajah Ramadan kali ini menyantuni 10 keluarga yang terpilih dari enam kampung sekitar Penampang iaitu Babagon, Madsiang, Pogunon, Sarapong, Tindai dan Kambazan. Kesemua penerima sumbangan adalah dalam kalangan mualaf dan yang kurang berkemampu­an.

Menurut beliau, antara cabaran yang dihadapi komuniti mualaf di sini adalah kedudukan penempatan yang jauh dari pusat pendidikan saudara baru.

“Ini sekali gus menuntut pengorbana­n yang tinggi dalam kalangan penggerak amal kebajikan Islam untuk mendekati terus ke penempatan mereka,” katanya.

Presiden Persatuan Siswazah Sabah Hasmadi Hasbi bersama barisan ahli jawatankua­sa melahirkan rasa syukur dan berbesar hati atas sumbangan yang diterima daripada orang ramai.

Beliau turut memaklumka­n Jelajah Ramadan akan diadakan di beberapa cawangan lagi untuk memasyarak­atkan tenaga siswazah di samping menyahut seruan beribadah pada bulan Ramadan.

 ??  ?? PSS menyampaik­an sumbangan Ramadan kepada salah satu penerima.
PSS menyampaik­an sumbangan Ramadan kepada salah satu penerima.
 ??  ?? PSS menyampaik­an sumbangan Ramadan.
PSS menyampaik­an sumbangan Ramadan.
 ??  ?? PERSATUAN Siswazah Sabah bersama Ustaz Suhaili.
PERSATUAN Siswazah Sabah bersama Ustaz Suhaili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia