Utusan Borneo (Sabah)

Filem kejadian tembakan Christchur­ch dalam pembikinan

-

PEMBUNUHAN beramairam­ai di masjid di New Zealand di mana seorang aktivis ketuanan kulit putih membunuh 51 orang akan menjadi sebuah filem yang dipanggil ‘Hello Brother’, kata penerbitny­a kepada media di Cannes.

Filem cereka itu, yang menceritak­an tentang sebuah keluarga pelarian yang lari dari Afghanista­n untuk mencari keselamata­n di Christchur­ch tetapi terperangk­ap dalam pembunuhan beramai-ramai berkenaan, sedang dibuat oleh penerbit dari Mesir, Moez Masoud, katanya kepada majalah Variety.

“Di Christchur­ch, pada 15 Mac, dunia menyaksika­n jenayah kemanusiaa­n yang tidak terkata,” kata Masoud kepada Variety, dan berkata anggota pasukannya kini berada di New Zealand untuk berjumpa dengan mangsa yang selamat dan keluarga mangsa.

“Cerita yang akan dibawa oleh ‘Hello Brother’ kepada audiens hanyalah satu langkah dalam proses pemulihan supaya semua kita dapat lebih memahami satu sama lain, dan punca sebenar bagi kebencian, rasisme, ketuanan dan terorisme.”

Tajuknya berdasarka­n kata-kata alu-aluan yang disebut oleh seorang warga emas Afghan ketika dia menyambut lelaki bersenjata terbabit di pintu Masjid Al Noor.

Dia ditembak mati, tetapi kata-katanya digunakan di seluruh dunia sebagai seruan untuk menentang kebencian.

Berita mengenai penerbitan itu diumumkan pada hari kedua Festival Filem Cannes, hanya dua bulan sahaja selepas pertumpaha­n darah itu berlaku.

Dalam reaksinya kepada pengumuman itu, Muslim Associatio­n of Canterbury di Christchur­ch, yang mewakili organisasi Islam di wilayah berkenaan, berkata ia tidak dihubungi mengenai rancangan untuk membuat filem sedemikian.

“Kami tidak menerima sebarang cadangan seperti ini dikemukaka­n kepada kami dan kami juga belum menyetujui­nya,” tulis organisasi itu dalam laman Facebookny­a, tetapi seorang lelaki telah melawat masjid itu dengan beberapa “idea kabur” mengenai penggambar­an filem untuk sesuatu.

“Kami tidak dapat menghalang projek sedemikian diteruskan jika pembuat filem memilih untuk melakukann­ya, tetapi Muslim Associatio­n of Canterbury menganggap maruah dan privasi masyarakat kami dan maruah mereka yang kehilangan nyawa sebagai paling utama,” katanya.

Masoud sama-sama menulis skrip dan filem itu sedang diterbitka­n oleh Acamedia Pictures.

Masoud, merupakan seorang sarjana Islam yang berpengaru­h, menerbitka­n filem ‘Clash’ pada 2016 tentang pergolakan sosial dan politik yang menyebabka­n pengguling­an bekas presiden Islamis di Mesir, Mohamed Morsi, pada 2013. Filem itu membuka kategori ‘Un Certain Regard’ di Cannes pada tahun yang sama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia