Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Gabon pecat naib presiden, menteri hutan

-

Pemimpin Gabon Ali Bongo kelmarin meng-umumkan pemecatan naib presiden dan menteri hutan, dalam tindakan yang diambil di tengahteng­ah skandal berhubung penyeludup­an kayu balak yang berharga.

Presiden itu tidak memberi sebab bagi pemecatan Naib Presiden Pierre Claver Maganga Moussavou serta Menteri Perhutanan dan Alam Sekitar Guy Bertrand Mapangou dalam kenyataann­ya lewat kelmarin.

Tiada menteri baharu dilantik ke portfolio hutan dan alam sekitar, yang diletakkan “di bawah kuasa langsung” perdana menteri.

Seruan semakin meningkat agar Mapangou meletak jawatan sejak beberapa hari lalu dalam media dan daripada kumpulan masyarakat madani selepas rampasan ratusan kontenakay­uunik‘kevazingo’, yang dianggap suci, dicuri.

Hampir 5,000 meter padu kayu ‘kevazingo’ bernilai kira-kira 7 juta euro (RM33.6 juta) dijumpai di dua depo milik syarikat dari China di pelabuhan Owendo, Libreville, pada Februari dan Mac lalu.

Beberapa suspek ditangkap tetapi 353 kontena terbabit, yang telah dirampas, hilang dalam keadaan penuh misteri.

Kayu itu didakwa dipunggah ke dalam kontena yang memaparkan label kementeria­n perhutanan dan air, dan dengan palsu menggambar­kannya sebagai ‘okoume’, sejenis kayu yang diluluskan untuk eksport.

Media tempatan memanggil skandal itu “kevazingog­ate”.

Pada awal Mei lalu, kerajaan berkata beberapa pegawai tertinggi Gabon telah digantung kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menyeludup kayu yang berharga itu.

‘Kevazingo’ merupakan kayu yang jarang ditemui di tengah Afrika dan begitu berharga di Asia, khususnya untuk diukir bagi rangka pintu tokong, meja teh dan meja mesyuarat.

Gabon, dengan tiga suku kawasan tanahnya diliputi hutan, pada tahun lepas melarang penerokaan kayu kevazingo selepas penebangan haram mencapai tahap yang men-cemaskan.

Industri itu amat penting sekali bagi ekonomi negara Afrika Barat itu, yang menyokong kira-kira 17,000 pekerjaan, dan menduduki tempat kedua di belakang sektor petroleum dari segi pendapatan asing selain menyumbang kepada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tiada kaitan dengan minyak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia