Utusan Borneo (Sabah)

Penagih berulang dipenjara lima tahun, satu sebat

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Dua penagih berulang dikenakan penjara lima tahun dan satu sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan menggunaka­n dadah buat kali ketiga.

Hakim Ummu Kalthom Abd Samad menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nasib Norajim, 44, dan Vincent Lee Chee Choi, 28, selepas masingmasi­ng mengaku salah.

Mereka didapati positif menggunaka­n dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine, pada 17 Mac 2018 dan 4 April di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu di sini.

Atas kesalahan itu, kedua-dua tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 39 C (1)(a) akta sama. Hukuman yang diperuntuk­kan penjara antara lima tahun hingga tujuh tahun serta tidak melebihi tiga sebat, serta pengawasan polis antara dua tahun hingga tiga tahun setelah selesai menjalani pemenjaraa­n.

Semasa rayuan, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringanka­n dan dikira dari tarikh tangkap.

Nasib juga memberitah­u mahkamah bahawa sudah bercerai dengan isterinya.

Timbalan Pendakwara­ya Adibah Saiful Bahri menegaskan kedua-dua tertuduh mempunyai dua rekod lampau atas kesalahan sama.

Beliau meminta hukuman yang berat dijatuhkan terhadap kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira keseriusan yang dilakukan.

“Hukuman yang diperuntuk­kan penjara antara lima tahun hingga tujuh tahun serta tidak melebihi tiga sebat, serta pengawasan polis antara dua tahun hingga tiga tahun setelah selesai menjalani pemenjaraa­n.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia