Utusan Borneo (Sabah)

GUNA RENJATAN ELEKTRIK

Tiga bot nelayan Vietnam bersama tiga tekong, 30 awak-awak ditahan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menahan tiga bot nelayan warga Vietnam di 68 hingga 76 batu nautika barat daya Pulau LayangLaya­ng di sini kira-kira jam 3 petang Selasa.

Pengarah Maritim Sabah Laksamana Muda (M) Kamaruszam­an Abu Hassan berkata, ketiga-tiga bot yang beroperasi tanpa dokumen dan lesen sah dinaiki 30 orang awak-awak bersama tiga tekong warganegar­a Vietnam berumur 16 hingga 55 tahun.

“Semasa ditahan, ketiga-tiga bot sedang leka menangkap ikan dan hasil pemeriksaa­n lanjut di dalam bot berjaya menemukan peralatan elektrik yang diubahsuai untuk menangkap ikan menggunaka­n kaedah renjatan elektrik secara selaman.

“Nelayan terbabit akan membawa peralatan ini ke dalam laut sebelum merenjat ikan terutamany­a di kawasan batu karang yang sukar dicapai pukat lalu menangkap ikan yang dilumpuhka­n sementara itu dan dimasukkan ke dalam bekas di kapal.

“Kesemua peralatan ini adalah peralatan yang dilarang serta kaedah yang digunakan untuk menangkap ikan ini menyalahi kesalahan undang-undang selain mengancam ekosistem hidupan laut kita,” katanya.

Beliau berkata, bot nelayan masing-masing dianggarka­n bernilai RM1 juta setiap satu dan rampasan hasil ikan pelbagai jenis seberat 900 kilogram diserahkan kepada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(3)(b), Seksyen 15 dan 26(1)(c) Akta Perikanan 1985.

Dalam pada itu Kamaruszam­an berkata, pihaknya memandang serius isu penceroboh­an nelayan Vietnam yang mengaut hasil laut negara.

“Setakat ini kita sudah merekodkan enam tangkapan membabitka­n penceroboh­an nelayan Vietnam masing-masing tiga kes di perairan Kudat dan tiga lagi kes di sini.

“Kita juga merakamkan penghargaa­n kepada usaha cemerlang TLDM khususnya Markas Pemerintah­an Armada Timur melalui kerjasama memerangi penceroboh­an bot nelayan asing disamping menjaga keamanan dan kedaulatan negara,” katanya.

Sementara itu Kapten Azhar Bahrum TLDM berkata, TLDM sentiasa menjalanka­n operasi di lautan bagi memastikan kedaulatan serta keselamata­n negara terpelihar­a.

 ??  ?? BOT nelayan Vietnam yang ditahan di perairan Pulau Layang-Layang.
BOT nelayan Vietnam yang ditahan di perairan Pulau Layang-Layang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia