Utusan Borneo (Sabah)

100 AJK Cabang PKR Keningau terima watikah pelantikan

-

KENINGAU: Seramai 100 orang Ahli Jawatankua­sa Cabang termasuk Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) P.180 Keningau menerima watikah pelantikan dalam pelbagai jawatan dan bidang tugas masing-masing yang diadakan di salah sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Ketua Cabangnya Datuk Dr Sangkar Rasam berkata, dengan terlaksana­nya penyampaia­n watikah tersebut diharap mereka yang dilantik dapat menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab sebaiknya serta tidak hanya mengharapk­an A J K Tertinggi Cabang semata-mata untuk menjalanka­n tugas.

Katanya, sebagai satu kumpulan perlu bekerjasam­a dalam melaksanak­an tugas yang dirancang untuk mencapai matlamat perjuangan parti mengikut jangka masa yang telah ditetapkan agar parti dapat terus maju ke hadapan.

Selain itu katanya, sebagai satu kumpulan perlu berkerja secara berpasukan dan mengelakka­n buruk sangka dan menjatuhka­n ahli dan pemimpin dalam parti.

Jelasnya, persaingan antara ahli parti juga memang diperlukan akan tetapi biarlah dilakukan secara sihat dan betul.

Beliau turut mengingatk­an agar setiap ahli perlu bersatu sebagai satu kumpulan dan mengelakka­n perpecahan sehingga terbentukn­ya kumpulan-kumpulan dalam parti khususnya dalam Cabang PKR Parlimen Keningau.

Beliau turut menyeru kepada ahli agar dapat mengawal emosi dan menjaga budi bahasa dalam media sosial.

“Dalam politik tidak dinafikan banyak perkara yang menyakitka­n hati, namun emosi perlu dijaga terutamany­a dalam memberi ulasan kepada berita-berita dan kenyataan kenyataan oleh pihak tertentu dalam media sosial,” katanya.

Tambahnya, beliau akan sentiasa terbuka untuk menerima cadangan dan teguran daripada ahli parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia