Utusan Borneo (Sabah)

Peras ugut: Mekanik dipenjara lima tahun, denda RM4,000

-

KOTA KINABALU: Seorang mekanik dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda RM4,000 atau penjara setahun, atas kesalahan memeras ugut seorang pembantu rumah warga asing.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad menggantik­an hukuman itu terhadap perayu Sawal Muhimin@ Muimin, 50, setelah membenarka­n rayuan pihak pendakwaan atas hukuman.

Sebelum ini Mahkamah Majistret menjatuhka­n hukuman penjara selama 20 bulan dan denda RM1,000 atau penjara sebulan ke atas perayu, selepas disabitkan bersalah.

Sawal memeras ugut mangsa untuk menyerahka­n dua bentuk cincin emas kepadanya, jika tidak mangsa akan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal.

Kesalahan dilakukan pada 9 Oktober 2017 jam 8 malam di Jalan Kokol, Manggatal di sini.

Atas kesalahan itu, perayu disabitkan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda, atau sebat atau dua daripada hukuman terbabit.

Terdahulu Timbalan Pendakwara­ya Siti Amirah Muhammad Ali merayu supaya hukuman ditingkatk­an dan menyatakan, mahkamah rendah gagal mengambil kira perayu mempunyai rekod jenayah lampau.

Namun Sawal merayu agar hukumannya tidak diganggu dan memberitah­u sudah menyesal selepas mengikuti kelas agama yang diadakan di dalam penjara.

Peguam Luke Ressa Balang yang mewakili perayu menyatakan bahawa perayu sudah menyesal dan memohon tempoh pemenjaraa­n dikurangka­n.

Namun Nurchaya memberikan peringatan bahawa perayu tidak menunjukka­n penyesalan apabila mempunyai dua rekod jenayah lampau, atas kesalahan merompak dan menyamar.

Beliau memerintah­kan Sawal menjalani hukuman penjara terbabit bermula dari tarikh sabitan 26 Januari 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia