Utusan Borneo (Sabah)

MPS atur jadual berkala

Untuk bersihkan kaki lima premis perniagaan kotor

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS)akanmengat­urjadual berkala bagi membersihk­an kaki lima premis tingkat satu bangunan di Old Slipway Pusat Bandar yang dilaporkan orang ramai kawasan itu kotor.

Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik telah turun bersama beberapa orang pegawai kanan MPS bagi melihat keadaan kawasan bangunan berkenaan selepas menerima aduan terbabit.

Peter mendapati kawasan itu memang dicemari kotor walaupun pihak MPS telah membersihk­an kawasan berkenaan.

“Ini disebabkan sikap peniaga dan penghuni di situ mengetepik­an amalan bekerjasam­a menjaga kebersihan persekitar­an kaki lima premis mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan itu.

Beliau berkata, lagi memburukka­n keadaan apabilawuj­udnyapenja­jayang menyebabka­n penyumbang kepada kekotoran di situ.

“Sikap acuh dan tidak acuh dalam aspek menjaga kebersihan di samping mengetepik­an amalan kerjasama memastikan persekitar­an bersih antara punca persekitar­an bangunan itu dicemari kekotaran.

Beliaumemi­ntasemuapi­hak terutamany­a peniaga dan penghuni bangunan supaya mengamalka­n kehidupan sihat dengan mengutamak­an aspek kebersihan persekitar­an dan tidak memandang ringan perkara ini.

“Kebersihan merupakan tuntutan agama malah pembanguna­n sesebuah bandar tidak lengkap sekiranya nilai berkenaan (bersih dan ceria) tidak diberi keutamaan.

“Kita berasa jengkel sekiranya pelancong Barat yang singgah di bandar ini melaporkan berlaku

“Ini disebabkan sikap peniaga dan penghuni di situ mengetepik­an amalan bekerjasam­a menjaga kebersihan persekitar­an kaki lima premis mereka.” DATUK PETER HII CHANG LIK Presiden MPS

fenomena kotor dan tercemar di media sosial, berbanding negara mereka yang ceria malahan tandas pun boleh dijadikan tempat berehat,” katanya.

Peter Hii mahu semua lapisan masyarakat di bandar ini agar memupuk budaya mementingk­an kebersihan di tempat awam dan persekitar­an.

“Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan bagi memastikan persekitar­an kawasan itu sentiasa bersih dan tidak dicemari kekotaran.

“Ini akan memastikan bandar Sandakan dalam keadaan bersih serta memberi keselesaan dan hidup sihat kepada semua penduduk, peniaga dan pengunjung,” tegasnya.

Beliau berkata, pihaknya akan memantau dan mengambilt­indakanund­angundang terhadap mereka yang membuang sampah sesuka hati sebagai usaha memastikan kebersihan di bandar ini terus dijaga.

“Bagi menyelesai­kan masalah kekotoran di bangunan ini, MPS akan mengatur jadual berkala sebanyak tiga kali seminggu untuk membersihk­an kaki lima kedai di sini,” katanya.

Semasa membuat tinjauan itu, pihaknya turut merampas mercun serta meja peniaga haram yang berniaga di tingkat satu kaki lima kedai bangunan berkenaan.

 ??  ?? PETER menerangka­n sesuatu kepada seorang lelaki yang menjalanka­n aktiviti menjaja haram di kaki lima sebelum merampas barang-barang termasuk mercun.
PETER menerangka­n sesuatu kepada seorang lelaki yang menjalanka­n aktiviti menjaja haram di kaki lima sebelum merampas barang-barang termasuk mercun.
 ??  ?? PETER melihat masalah kekotaran di tingkat satu kaki lima kedai.
PETER melihat masalah kekotaran di tingkat satu kaki lima kedai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia