Utusan Borneo (Sabah)

Hevilift (M) Sdn Bhd taja Ihya Ramadan SK Kerupang

-

LABUAN: Syarikat penerbanga­n helikopter, Hevilift (M) Sdn Bhd telah menaja Majlis Ihya Ramadan Sekolah Kebangsaan (SK) Kerupang 2019 yang diadakan di Surau Muttaqin, Khamis lalu.

Majlis penyerahan sumbangan sebanyak RM18,200 itu disempurna­kan oleh Country Manager Hevilift (M) Sdn Bhd, Andrew Watts kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Raisin Saidin pada Majlis Penutupan Ihya Ramadan, Iftar Jamaei dan Majlis Khatam Al-Quran.

Pada majlis itu, Andrew menyampaik­an sumbangan Ramadan kepada golongan kurang kemampuan dan anak yatim seramai 94 orang.

Mereka menerima kelengkapa­n pakaian Hari Raya, duit raya dan keperluan barangan dapur untuk menyambut Syawal.

Hevilift menaja sumbangan kepada murid manakala Iftar Jamaie ditaja oleh PIBG dan 42 orang guru SK Kerupang.

Seramai 100 murid menjayakan Majlis Khatam Al Quran pada tahun ini.

Turut hadir Ketua Sektor Pendidikan Islam (SPI) Ustaz Mohd Syahir Mohd Yusoff dan Guru Besar SKK Hajah Aini Haji Salleh.

Hadir sama Penolong-Penolong Kanan, Martinah Yubai (PK 1), Subety Eloi (PK HEM) dan Inanis Fatinisufi Abdullah (PK Kokurikulu­m) serta Yang Dipertua PIBG, Nik Hisyam Ubaidillah Nik Hisyamuddi­n.

Penyelaras program Ustaz Muhamad Solihin Sharipuddi­n berkata, tujuan program itu diadakan adalah untuk melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia budi pekerti dan cintakan ajaran Islam.

Selain itu, untuk mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan demi menyemarak­kan amalan secara jamaie serta seimbang.

Sementara itu, Hajah Aini merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada Andew Watts yang menjadi penyumbang bantuan kepada murid.

“Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada penyumbang pihak luar secara langsung atau tidak langsung, para ibu bapa SK Kerupang yang turut menyumbang,”katanya kepada pemberita.

Raisin pula mengucapka­n tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam SK Kerupang yang menganjurk­an program tahunan itu.

 ??  ?? RAISIN (enam kanan) bersama warga SK Kerupang selepas Majlis Penutupan Ihya Ramadan SK Kerupang. Turut kelihatan Mohd Syahir (lima kanan), Hajah Aini (empat kanan) dan Muhamad Solihin (lima kiri).
RAISIN (enam kanan) bersama warga SK Kerupang selepas Majlis Penutupan Ihya Ramadan SK Kerupang. Turut kelihatan Mohd Syahir (lima kanan), Hajah Aini (empat kanan) dan Muhamad Solihin (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia