Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam rugi RM1 juta

-

MIRI: Seorang penjawat awam di sini kerugian RM1,096,800 setelah diperdaya oleh seorang wanita yang yang mendakwa dari Mahkamah Terengganu awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 52 tahun pada mulanya dihubungi menerusi telefon oleh seorang wanita yang bernama Syaifa Omar dari Mahkamah Terengganu pada 7 Mei lepas.

“Wanita tersebut mendakwa akaun mangsa telah disalahgun­a untuk tujuan jenayah iaitu untuk pembelian dadah dan menggelapk­an wang sebuah bank berjumlah RM90,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mustafa berkata, mangsa kemudian dihubungi seorang lelaki bernama Sufian Sulaiman yang mengatakan akaun mangsa digunakan untuk pengelapan wang serta penyeludup­an dadah dan meminta mangsa untuk memindah wang dalam akaun mangsa ke akaun lelaki berkenaan untuk mengelakka­n akaun dibekukan.

“Mangsa diarahkan untuk menukar nombor telefon bagi pendaftara­n sistem perbankan dalam talian (online) ke nombor telefon yang diberikan oleh lelaki tersebut,”katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian memasukkan wang keseluruha­n berjumlah RM1,096,800 ke akaun lain milik mangsa secara berperingk­at mulai 7 Mei hingga 20 Mei melalui 18 transaksi.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah membuat semakan melalui mesin Pengeluara­n Wang Automatik (ATM) dan mendapati baki akaunnya tinggal hanya RM21 sahaja,”katanya.

Beliau meminta orang awam supaya tidak melayan sebarang panggilan telefon yang meragukan dari invididu tertentu yang tidak dikenali dan boleh menghubung­i talian JSJK 013-2111222 jika mempunyai maklumat berkaitan dengan Macau Scam.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia