Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan bekalan keperluan cukup

KPDNHEP Lahad Datu komited pantau, kuatkuasa peraturan di musim perayaan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) di sini akan meneruskan operasi pemantauan dan penguatkua­saan bagi memastikan bekalan keperluan rakyat dipenuhi menjelang dua perayaan.

Ketua Cawangan KPDNHEP Lahad Datu Rino Hisham Abu Bakar berkata Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang dilancarka­n untuk memastikan bekalan dua perayaan mencukupi sempena Pesta Kaamatan yang disambut akhir bulan ini dan Hari Raya Aidilfitri pada awal Jun.

Menurutnya, SHMMP Hari Raya Aidilfitri 2019 berkuatkua­sa 21 Mei hingga 19 Jun (27 hari) merangkumi 21 barangan manakala SHMMP Kaamatan 2019 berkuatkua­sa 23 Mei hingga 5 Jun (14 hari) untuk 13 barangan.

“Kami sentiasa melakukan pemantauan di semua peringkat bagi memastikan bekalan mencukupi, selain peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran skim itu di sini pada Khamis.

Beliau berkata setakat ini belum ada aduan yang diterima bagi aktiviti menyorok, menyelewen­g atau menyeludup keluar barangan kawalan tepung, gula dan minyak masak.

Bagi pelaksanaa­n Ops Pakaian Hari Raya 2019 yang berkuatkua­sa 13 Mei dan berakhir hari ini, beliau berkata sebanyak tujuh premis diperiksa dan tiada tindakan diberikan kerana mematuhi peraturan.

Pemeriksaa­n bazar Ramadan di lokasi tumpuan turut dilaksanak­an dan sebanyak 1,367 gerai diperiksa termasuk satu di Tungku dan empat di Lahad Datu.

Untuk rekod, sepanjang Januari hingga April pihaknya menerima 24 aduan pengguna dan susulan itu 32 kes direkodkan dengan nilai rampasan RM6,960.34, selain kompaun RM5,500 dikeluarka­n.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlina Arif ketika ditemui selepas majlis pelancaran peringkat daerah Lahad Datu berkata, kerajaan melalui KPDNHEP sangat serius dalam memastikan semua keperluan rakyat dipantau dan dijaga dengan berterusan.

Menurutnya, tindakan proaktif agensi itu bukan sahaja memastikan barangan terkawal dipantau tetapi melibatkan memantau keperluan pakaian agar tidak diniagakan dengan harga yang tidak munasabah melalui Ops Pakaian Hari Raya 2019.

“Rakyat juga perlu memainkan peranan dalam hal ini dengan menggunaka­n aduan mengikut prosedur yang betul supaya KPDNHEP dapat mengambil tindakan,” katanya.

“Kami sentiasa melakukan pemantauan di semua peringkat bagi memastikan bekalan mencukupi, selain peniaga mematuhi peraturan yang ” ditetapkan. RINO HISHAM ABU BAKAR Ketua Cawangan KPDNHEP Lahad Datu

 ??  ?? NORAZLINA, Rino dan petugas menunjukka­n simbol bagus selepas membuat gimik perasmian majlis itu.
NORAZLINA, Rino dan petugas menunjukka­n simbol bagus selepas membuat gimik perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia