Utusan Borneo (Sabah)

Tahap pematuhan peniaga skim harga maksimum semakin baik

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Tahap pematuhan peniaga terhadap Skim Harga Maksimum Perayaan Kaamatan dan Hari Raya Puasa (SHMKP) 2019 di Bandar Tawau disifatkan semakin baik.

Pembantu Pembanguna­n Infrastruk­tur merangkap Adun Sebatik Datuk Abdul Muis Picho memuji maklumbala­s peniaga terhadap pengenalan skim harga terbabit.

“Mungkin ini adalah hasil program-program yang diadakan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan agensi lain,” katanya.

Beliau berkata berdasarka­n tinjauan yang dilakukann­ya bersama KPDNHEP juga mendapati ada harga produk dijual peniaga kepada pelanggan pada harga lebih murah.

Menurutnya, setakat ini pihaknya turut belum menerima aduan awam termasuk penduduk luar bandar jika berlaku penyelewen­gan harga barangan keperluan pada musim perayaan.

“Namun, kita nasihatkan para pengguna supaya membuat laporan segera kepada kementeria­n sekiranya mengesan berlaku penyelewen­gan harga oleh peniaga,” katanya.

Muis ditemui sempena program walkabout dan Pelancaran SHMKP 2019 di Pasaraya Besar Giant di sini pada Khamis, yang turut dihadiri pegawai dan kakitangan KPDNHEP.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa Daerah KPDNHEP Tawau Aslani Dabi berkata SHMKP kali ini berkuatkua­sa dari 21 Mei sehingga 19 Jun 2019 melibatkan 13 item sempena Kaamatan dan 20 item untuk Hari Raya Puasa.

Antaranya, ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging kerbau import, telur gred A-C, kelapa, bawang, cili kering, ubi kentang dan item lain.

“Kita minta peniaga sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan terutamany­a berkaitan tanda harga merah jambu untuk barangan terkawal dan elak guna alat timbang bermasalah.

“Kita mempunyai 23 pegawai dan anggota penguatkua­sa yang akan bertugas untuk melakukan pemantauan harga melibatkan kesemua premis di daerah ini,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Aslani berkata enam notis kepada peniaga pakaian dikeluarka­n dalam Ops Pakaian Raya pada 13-24 Mei hasil pemeriksaa­n di 23 premis.

Beliau berkata kesemua premis yang diberikan notis itu diminta memberi maklumbala­s mengenai harga yang dikenakan dan tindakan akan diambil jika berlaku unsur pencatutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia