Utusan Borneo (Sabah)

Jamin kadar harga berpatutan

Skim Harga Maksimum musim perayaan disambut baik

-

KENINGAU: Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Rasinin Koutis menyambut baik tindakan kerajaan melalui Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang melaksanak­an skim Harga Maksimum pada musim perayaan.

“Kita sedia maklum, setiap kali tiba musim perayaan terdapat segelintir peniaga yang tidak bertanggun­gjawab dan mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan kerana terdapat permintaan yang tinggi dari masyarakat,” katanya semasa melancarka­n Skim Harga Maksimum pada musim perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Raya di pusat beli belah G-Mart Keningau Mall di sini pada Khamis.

Rasinin dalam kenyataan yang dibacakan oleh wakilnya, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan, Raymond Pudon berkata, tujuan penetapan harga barang maksimum adalah bagi memastikan masyarakat memperoleh­i barang keperluan dengan harga yang berpatutan.

Katanya, dengan kawalan harga sepanjang musim perayaan ini, diharapkan masyarakat dapat memperoleh­i bekalan keperluan yang mencukupi dengan harga yang berpatutan.

Beliau juga mengingatk­an kepada para pengguna agar dapat membuat pembelian yang bijak dengan membuat perbanding­an harga dan jangan mudah terpengaru­h dengan harga promosi ataupun jualan murah.

Rasinin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan menasihat para peniaga di sini agar sentiasa mematuhi peraturan kawalan harga musim dua perayaan pada bulan ini dan Jun depan.

“Kerajaan telah mewartakan harga barang terkawal bagi perayaan Pesta Kaamatan sebanyak 13 jenis barangan bermula dari 23 Mei hingga 5 Jun dan perayaan Hari Raya sebanyak 20 jenis barangan bermula 21 Mei hingga 19 Jun depan.

Katanya, setiap tahun kerajaan membuat penetapan harga maksimum musim perayaan, iaitu pada perayaan Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.

Menurut beliau, jenis barang yang dikawal adalah berbeza-beza mengikut musim perayaan.

Selain itu, beliau juga difahamkan bersempena dengan perayaan Hari Raya, pihak KPDNHEP melaksanak­an Ops Bazar Ramadan dan Ops Pakaian Raya di sepanjang bulan puasa ini yang bertujuan untuk menangani isu kenaikan harga barang apabila tiba musim perayaan.

Katanya, sebarang kemusykila­n, aduan boleh dibuat terus kepada KPDNHEP cawangan Keningau di talian 087-338400 dan 087-338401.

Sementera itu, Ketua Cawangan KPDNHEP Keningau, Gunasegara­n a/l Krishnan memberitah­u bahawa KPDNHEP Cawangan Ken ingau telah melaksanak­an Ops Bazar Ramadan yang bermula pada 6 Mei dan Ops Pakaian Raya pada 13 Mei.

Katanya, antara lain tujuan ini dilaksanak­an adalah bagi menangani isu kenaikan harga barang di musim perayaan Hari Raya.

“Hasil daripada pemeriksaa­n yang dijalankan oleh pejabat ini, secara keseluruha­nnya peniaga patuh dengan undangunda­ng yang dikuatkuas­akan KPDNHEP termasukla­h pematuhan untuk meletakkan tanda harga dan penggunaan alat timbang yang ditentusah­kan,” katanya.

Katanya, dalam pemeriksaa­n Ops Pakaian Raya pula, tiga notis pengesahan maklumat harga sebelum dan selepas di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 telah dikeluarka­n kepada peniaga runcit pakaian oleh pejabat ini.

Turut hadir pada majlis itu Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n), Edward Bungsu, Pegawai FAMA Daerah, Kassim Salim, pegawai-pegawai penguatkua­sa KPDNHEP, Majlis Daerah, Polis dan jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

Pada masa y angsama, Raymond bersama Gunasegara­n, Edward, Kassim dan pegawai-pegawai agensi penguatkua­sa lain turut bersama-sama melawat bazar Ramadan di Keningau Mall selepas majlis pelancaran itu.

 ??  ?? RAYMOND (dua kanan) bersama Gunasegara­n (kanan) dan pegawai-pegawai agensi lain melakukan lawatan di bazar Ramadan Keningau Mall selepas pelancaran itu.
RAYMOND (dua kanan) bersama Gunasegara­n (kanan) dan pegawai-pegawai agensi lain melakukan lawatan di bazar Ramadan Keningau Mall selepas pelancaran itu.
 ??  ?? RAYMOND (empat kanan), Gunasegara­n (tiga kanan) bergambar bersama-sama dengan pegawai-pegawai dari agensi lain selepas lawatan bazar Ramadan.
RAYMOND (empat kanan), Gunasegara­n (tiga kanan) bergambar bersama-sama dengan pegawai-pegawai dari agensi lain selepas lawatan bazar Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia