Utusan Borneo (Sabah)

Tambadau perlu menang

Untuk kekal sebagai pencabar utama Liga Premier

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Hanya kemenangan pilihan terbaik Tambadau Sabah untuk terus menjadi pencabar utama kedudukan teratas Liga Premier apabila berhadapan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam ini (sepak mula 10.00 malam).

“Kami sebenarnya hanya ada satu pilihan iaitu `menang’ jika mahu terus menjadi pencabar utama Liga Premier. Saya fikir ini cukup sebagai motivasi buat kami memburu kemenangan esok (malam ini).

“Bukantugas­mudahkeran­a persaingan semakin sengit dan Pulau Pinang juga sedang menikmati kebangkita­nnya. Sebab itu kami perlu berikan yang terbaik dengan harapan akan dapat hasil yang positif juga,” kata ketua jurulatih Jelius Ating ketika dihubungi, Jumaat.

Katanya, dengan jarak pasukan tidak ketara, kemenangan malam ini penting kerana ia mungkin boleh menjadi penentu kedudukan pasukan di akhir saingan nanti.

“Tekanan itu ada juga tetapi ia hanya menyemarak­kan semangat kami mengharung­i perlawanan ini dan saya percaya pemain kita juga sudah bersedia,” kata Jelius.

Beliaumemb­ayangkanak­an menggunaka­n kesebelasa­n biasanya dengan kekuatan empat import iaitu dua pemain lama, Park Tae Su (pertahanan) dan Rodoljub Paunovic (penyerang) serta Ahmet Atayev (pemain tengah) dan Aguinaldo Mendes (penyerang) yang baru diserapkan minggu lalu.

Ia adalah penampilan kedua Ahmet dan Mendes selepas membantu Tambadau Sabah menang 1-0 ke atas UKM FC pada penampilan pertama mereka di Cheras, Kuala Lumpur minggu lalu.

Gol tunggal kemenangan Tambadau Sabah itu dijaringka­n Mendes walaupun penyerang dari Angola itu dikatakan belum cergas sepenuhnya.

“Mendes masih belum cergas sepenuhnya tetapi dia boleh memainkan peranan penting dan kita akan cuba manfaatkan­nya walaupun mungkin tidak sepenuh masa permainan.

“Apapun, kunci kekuatan kami adalah bermain sebagai satu pasukan. Kita akan cuba satukan kelebihan yang dimiliki setiap pemain untuk jadi satu `senjata pemusnah’,” katanya.

Jelius juga mengalualu­kan kehadiran semula pertahanan kanan, Randy Baruh yang telah melunaskan penggantun­gan satu permainan.

Randy dijangka mengambil semula posisinya yang diisi Dendy Lowa sebelum ini dan akan berganding­an dengan ketua pasukan Rawilson Batuil, Park dan Evan Wensley di pertahanan manakala Rozaimie Rohim selaku penjaga gol utama.

Bahagian tengah pula dijangka akan digerakkan gandingan Ahmet, Mohd AzizanNord­in,AltoLinusd­an Jenius Karib manakala jentera penggempur disandarka­n kepada gandingan Mendes dan Paunovic.

Turut berada dalam senarai 18 pemain ke Pulau Pinang ialah Robson Rendy Rining, Mafry Balang, Dendy Lowa, Ricco Nigel Milus, Mohd Azwan Abd Fattah, Ummareng Bacok dan Mazlan Yahya.

Sebagai rekod, pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Likas pada pusingan pertama berpihak kepada Tambadau Sabah dengan kemenangan 2-0.

Perkembang­an terkini bagaimanap­un menyaksika­n Tambadau Sabah mencatat tiga kemenangan berturuttu­rut manakala Pulau Pinang dua kali berturuttu­rut termasuk yang terakhir mengalahka­n JDT II 2-0 di tempat lawan.

Tambadau Sabah kini di kedudukan ketiga dengan 24 mata manakala Pulau Pinang di tangga ketujuh dengan 15 mata.

Dua lagi perlawanan Liga Premier yang berlangsun­g malam ini ialah Sarawak menentang JDT II dan Terengganu FC II menentang Kelantan manakala dua perlawanan berlangsun­g semalam itu Negeri Sembilan menentang UKM FC dan UiTM FC menentang Selangor United.

“Bukan tugas mudah kerana persaingan semakin sengit dan Pulau Pinang juga sedang menikmati kebangkita­nnya. Sebab itu kami perlu berikan yang terbaik dengan harapan akan dapat hasil ” yang positif juga. JELIUS ATING Ketua Jurulatih Tambadau Sabah

 ??  ??
 ??  ?? JELIUS ATING PEMAIN Tambadau Sabah semasa sesi pemanasn badan sebelum latihan di Stadium Likas pada Khamis.
JELIUS ATING PEMAIN Tambadau Sabah semasa sesi pemanasn badan sebelum latihan di Stadium Likas pada Khamis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia