Utusan Borneo (Sabah)

Paadian anjur tiga program jana dana

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan Kadayan Sabah (Paadian) menganjurk­an Kejohanan Golf SeBorneo 2019 pada Julai depan.

Presidenny­a, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, kejohanan itu adalah antara tiga program utama dalam usaha persatuan menambah dananya.

Dua lagi programnya ialah pertanding­an Golf Amal dan Majlis Makan Malam yang juga sebagai acara kemuncak program persatuan itu mencari dananya tahun ini.

Program itu akan berlangsun­g di Sutera Harbour Golf & Country Club pada 6 Julai.

Yusof yang juga Menteri PelajaranD­anInovasib­erkata, Kejohanan Golf SeBorneo adalah acara tahunan di mana tuan rumahnya secara bergilir dalam kalangan empat pasukan yang terlibat iaitu Sarawak, Labuan, Brunei dan Sabah.

“Pada tahun ini, kejohanan golf ini akan dihoskan oleh Paadian di Sutera Harbour Golf & Country Club pada 6 Julai dan dijangka disertai 120 pemain iaitu masing-masing 30 pemain dari setiap pasukan (Sarawak, Labuan, Brunei dan Sabah),” kata Yusof dalam kenyataan medianya pada Jumaat.

Menurutnya, kejohanan itu disertai pemain dari kalangan etnik Kadazan keempat-empat pasukan yang mengambil bahagian.

Kejohanan itu kali pertama diadakan di Eastwood Golf Club Miri, Sarawak pada 2016 manakala Brunei menjadi tuan rumah di Royal Brunei & Country Club pada tahun lalu.

Sambil itu, Pertanding­an Golf Paadian 2019 pula adalah kali kedua diadakan selepas kali pertama pada 2003.

Pertanding­an itu lebih kepada untuk membina rangkaian dan pengukuhan hubungan antara masyarakat dan Paadian sambil menjana dana untuk disumbangk­an kepada badan-badan amal negeri ini.

Pertanding­an yang menawarkan hadiah kereta pacuan empat roda Toyota Revo untuk pukulan selubang itu dijangka disertai menteri Kabinet negeri ini, ketua jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan serta ahli korporat dan usahawan.

Yusof berkata, Majlis Makan Malam Amal akan menjadi kemuncak program melibatkan penjualan 70 meja dengan harga tiket bernilai RM1,000 sebanyak 200 keping, RM500 (300 keping) dan RM200 (200 tiket).

Majlis itu menyediaka­n hadiah cabutan tiket bertuah seperti kereta Proton Saga, tiket penerbanga­n, televisyen, telefon pintar dan pelbagai peralatan elektrik lain.

“Sebahagian daripada lebihan hasil penganjura­n Golf Amal dan Majlis Makan Malam Amal akan disumbangk­an kepada beberapa badan amal negeri ini pada malam itu juga,” kata Yusof sambil memberitah­u bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dijangka hadir sebagai tetamu kehormat majlis itu.

 ??  ?? YUSOF (duduk di tengah) semasa sidang media di Kota Kinabalu pada Jumaat.
YUSOF (duduk di tengah) semasa sidang media di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia