Utusan Borneo (Sabah)

Sumber maklumat golongan belia

MBS lancar laman web ‘One Stop Centre’

-

KOTA KINABALU: Aspirasi golongan belia yang terdiri daripada anak muda pada hari ini bukan lagi dipandang sebagai angan-angan Mat Jenin.

Idea mereka mula diangkat dan direalisas­ikan menjadi kenyataan. Setiap suara yang dilontar daripada belia kini dianggap penting sebagai antara penyumbang terhadap kemajuan negara.

Selarideng­anaruskemo­denan pada hari ini, sebuah laman web Majlis Belia Sabah dilancar oleh Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe sebagai ‘One Stop Centre’ buat golongan itu.

Menurut Presidenny­a Ahmad Farid Sainuri, portal itu dilancarka­n sebagai inisiatif buat golongan belia mendapatka­n maklumat berkenaan dengan peluang pendidikan, keusahawan­an, program kepimpinan dan program antarabang­sa.

“Apabila kita pergi ke kawasan pedalaman di Sabah, ramai anak muda yang mengeluh mengenai capaian informasi terkini mengenai pendidikan ataupun bidang perniagaan.

“Mereka tidak tahu di mana sumber yang boleh mereka rujuk untuk mendapatka­n maklumat berkenaan.

“Walhal, begitu banyak peluang, latihan dan geran perniagaan yang disediakan buat golongan belia hari ini daripada pihak kerajaan.

“Oleh itu, kami mengambil kira permasalah­an mereka dan mewujudkan portal MBS demi memudahkan golongan ini mendapatka­n pelbagai info yang berguna khusus buat mereka sendiri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Media dan Pelancaran Laman Web MBS di sebuah hotel, di sini pada Rabu.

Tambah Farid, anak muda yang gagal dalam peperiksaa­n SPM tidak seharusnya berputus asa dalam kehidupan mereka.

“Masih terdapat peluang untukmerek­abelajarke­mahiran ataupun mendapatka­n geran perniagaan. Maklumatma­klumat ini tersedia dalam portal MBS.

“Kami juga menyediaka­n ruang buat pengguna untuk menambahap­asahajamak­lumat bersesuaia­n yang mereka ketahui yang tidak tersenarai dalam portal ini,” katanya.

Dalam pada itu, Farid turut menyeru golongan belia supaya tidak melepaskan apa sahaja peluang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri mahupun Persekutua­n.

“Kami berharap selepas ini lebih ramai penyertaan daripada golongan belia dalam apa sahaja aktiviti yang disediakan oleh kerajaan dan tidak mensiasiak­annya,” ujar beliau.

Para belia yang mahu mendapatka­n info dan pengetahua­n terkini mengenai peluang sedia bolehlah melayari laman web Majlis Belia Sabah di www.beliasabah.org.my.

 ??  ?? AHLI MBS dan Farid (duduk, empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Phoong (duduk, tengah).
AHLI MBS dan Farid (duduk, empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Phoong (duduk, tengah).
 ??  ?? PHOONG (tengah) melancarka­n laman web MBS.
PHOONG (tengah) melancarka­n laman web MBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia