Utusan Borneo (Sabah)

Raisin imarahkan solat Tarawih SK Tanjung Aru

-

LABUAN: Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Raisin Saidin telah samasama mengimarah­kan solat sunat Tarawih di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru (SKTA), malam Khamis lalu.

Beliau yang diiringi Ketua SektorPend­idikanIsla­m(SPI), Ustaz Mohd Syahir Mohd Yusoff turut menunaikan solat Isyak berjemaah bersamasam­a murid dan guru serta ibu bapa.

Solat fardhu Isyak dan solat sunat Tarawih itu diimamkan Ustaz Hafizah Hafiz.

Menurut Guru Besar SK Tanjung Aru, Murni Jaafar, seramai 25 murid telah menerima sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa dan Khatam al-Quran yang diadakan sebelum itu.

Turut diraikan 30 orang murid yang merupakan peserta tadarus al-Quran.

Hadir sama Penolongpe­nolong Kanan, Yang Dipertua PIBG Kifli Ag Anak dan 27 guru sekolah itu.

Raisin berkata, kehadiran beliau itu adalah untuk menceriaka­n bulan Ramadan bersama-sama warga SK Tanjung Aru walaupun hanya sempat menunaikan solat fardhu Isyak dan sunat Tarawih sahaja.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada guru-guru khususnya Panitia Pendidikan Islam yang menjadi pengelola majlis tersebut.

Katanya, kehadiran murid yang menggalakk­an pada majlis tersebut menggambar­kan masa depan yang gemilang buat SK Tanjung Aru.

“Mereka inilah bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Saya ucapkan tahniah buat Guru Besar, guru-guru dan PIBG SK Tanjung Aru,”katanya berucap ringkas selepas menunaikan solat sunat Tarawih.

Selepas itu, Raisin bersama guru-guru menikmati jamuan moreh di kantin sekolah tersebut.

Sementara itu, Murni mengucapka­n terima kasih atas kehadiran Raisin dan Mohd Syahir yang mampu menyuntik semangat guru dan murid SK Tanjung Aru untuk terus mencapai kecemerlan­gan dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan sahsiah.

“Sudah pasti kehadiran Pengarah Pendidikan Labuan mampu menaikkan semangat kami untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,”katanya yang turut mengucapka­n terima kasih kepada semua guru dan murid serta ibu bapa yang hadir pada majlis itu.

 ??  ?? RAISIN
(tengah) yang diapit Murni dan Mohd Syahir menikmati moreh bersama guru-guru SK Tanjung Aru, selepas menunaikan solat Tarawih, malam Khamis lalu.
RAISIN (tengah) yang diapit Murni dan Mohd Syahir menikmati moreh bersama guru-guru SK Tanjung Aru, selepas menunaikan solat Tarawih, malam Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia