Utusan Borneo (Sabah)

Tapak Bazar Masjid India terbakar akan dijadikan laluan pejalan kaki

-

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menjadikan tapak bazar Masjid India yang terbakar pada Selasa lepas, sebagai laluan pejalan kaki.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad berkata, hal ini kerana tapak itu adalah sebahagian daripada projek River Of Life (RoL) yang pada asalnya akan dibuka kepada orang ramai untuk dijadikan ‘pedestrian mall’

“Bagi jangka panjang memang dalam projek RoL kami akan kosongkan kawasan itu. Peniaga Wisma Yakin pun sudah lama meminta DBKL berbuat demikian kerana struktur bazar itu telah menghalang bangunan dan menjejaska­n perniagaan mereka.

“Jadi struktur bazar Masjid India yang terbakar itu akan dirobohkan sepenuhnya selepas ini kerana ia tidak selamat kepada mana-mana pihak untuk terus menjalanka­n perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan Aidilfitri Komuniti Kuala Lumpur 2019 di sini pada Jumaat.

Dalam ke,jadian kira-kira 1.35 pagi Selasa lepas, kirakira 30 gerai jualan di bazar berkenaan yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, tudung, beg dan kasut terbakar.

Khalid berkata, peniaga yang terjejas akibat kebakaran itu tidak perlu risau memandangk­an DBKL akan memindahka­n mereka ke kawasan baharu.

“Cadangan awal DBKL adalah untuk memindahka­n mereka ke Lanai Seni iaitu tapak di sebelah Collesium, Jalan Tuanku Abdul Rahman, tidak jauh daripada tapak sedia ada dan kami sudah buka tender serta dijangka siap pada tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu, Khalid menyampaik­an sumbangan kepada 26 peniaga yang terlibat dalam kebakaran itu yang berjumlah RM98,000, dengan setiap seorang diberikan antara RM3,000 dan RM5,000 bergantung kepada jumlah kerugian mereka. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia