Utusan Borneo (Sabah)

Hayati tujuan berpuasa: Sukarti

YPL ceriakan anak yatim Tahfiz Sri Merinding

-

LABUAN: Seramai 25 anak yatim Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding telah diraikan Yayasan Pembanguna­n Labuan (YPL) pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaia­n Sumbangan di sini pada Rabu.

Pada majlis itu, anakanak yatim menerima duit raya manakala madrasah menerima RM5,000 yang disampaika­n Pengerusi YPL Tan Sri Sukarti Wakiman.

Turut hadir, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang juga pengasas YPL, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Pengarah Urusan HMD Automobile Sdn Bhd Fauziah Mohd Din dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base (ASB) Datuk Harris Anuar Tan.

Selepas itu, Sukarti bersama anak-anak yatim mengadakan majlis berbuka

SUKARTI (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan YPL kepada pengetua Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding sambil diperhatik­an Rozman (dua kiri), Bashir (kiri) dan Harris (dua kanan).

“Majlis ini juga diadakan untuk bersyukur atas rezeki yang dikurniaka­n oleh Allah SWT.Menerusi program ini juga, kami dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dengan anak-anak ” yatim Madrasah Al-Quran Sri Merinding. TAN SRI SUKARTI WAKIMAN Pengerusi YPL

puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah. Sukarti berkata majlis itu diadakan untuk menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam dan mengamalka­n tingkah laku yang baik berpanduka­n alQuran dan Sunnah.

Selain itu, untuk menyemaika­n semangat suka bersedekah dan memberi bantuan kepada yang memerlukan.

“Majlis ini juga diadakan untuk bersyukur atas rezeki yang dikurniaka­n oleh Allah SWT.

“Menerusi program ini juga, kami dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dengan anakanak yatim Madrasah AlQuran Sri Merinding,” katanya.

Sementara itu, Rozman berkata majlis julung kalinya diadakan itu untuk memberikan keseronoka­n kepada anak-anak yatim menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Katanya, sumbangan kewangan itu juga diharap dapat digunakan untuk mengurus perbelanja­an madrasah berkenaan.

“YPL turut mendapatka­n sumber kewangan daripada kerajaan negeri Sabah dan peruntukan Ahli Parlimen Labuan sendiri serta penjanaan daripada anak syarikat YPL.

“Apabila YPL mempunyai dana, ramai pihak akan mendapat manfaatnya,” katanya.

 ??  ?? SUKARTI (lima kiri), Rozman (empat kiri), Bashir (tiga kiri), Harris (empat kanan) dan Fauziah (kiri) bersama anak-anak yatim Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding.
SUKARTI (lima kiri), Rozman (empat kiri), Bashir (tiga kiri), Harris (empat kanan) dan Fauziah (kiri) bersama anak-anak yatim Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia