Utusan Borneo (Sabah)

Murid SK Bukit Kallam jayakan Tarian Perpaduan

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Bukit Kallam telah menyertai program Unity Dance atau Tarian Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan yang telah diadakan di Dewan Arena Bukit Kuda di sini.

Program itu yang diadakan sempena Bulan Perpaduan 2019 telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records iaitu 60 jenis tarian ditarikan oleh 1,000 orang penari dalam tempoh 2 jam 45 minit.

Murid SK Bukit Kallam merupakan peserta ke-13 daripada 60 peserta yang mempersemb­ahkan tarian pada malam itu.

SK Bukit Kallam juga menghantar 100 peserta yang turut menarikan pelbagai jenis tarian pada program itu.

Kesemua 100 orang telah menerima sijil penghargaa­n daripada Malaysia Book of Records dan juga Jabatan Perpaduan.

Sementara itu, Pengarah JPNIN Labuan Mimie D Selvakumar berkata program itu bertujuan menanam rasa cinta terhadap kebudayaan negeri sendiri dalam bentuk mengenal pelbagai jenis tarian tradisiona­l Malaysia yang ditarikan bersama.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua kumpulan tarian yang menjayakan Tarian Perpaduan 2019 sekali gus membuktika­n elemen perpaduan amat jitu dan mantap di sini.

“Dalam hal perpaduan, Wilayah Persekutua­n Labuan adalah contoh terbaik kerana semua kaum dan agama dapat hidup harmoni dan bekerjasam­a dalam menjayakan pelbagai program termasuk Tarian Perpaduan 2019,” katanya.

Sebanyak 60 kumpulan tarian terdiri daripada Tabika Perpaduan, KRT seluruh Labuan, jabatan-jabatan manakala SK Bukit Kallam sebagai undangan utama bagi kategori sekolah.

SK Bukit Kallam telah menghantar 100 murid termasuk ibu bapa untuk menjayakan program yang julung kalinya diadakan itu.

Sementara itu, Guru Besar Rosli Mohd Ali mengucapka­n terima kasih kepada muridmurid, guru dan ibu bapa yang menjayakan Tarian Perpaduan 2019.

Katanya, komitmen dan kerjasama murid dan guru yang dibantu ibu bapa sangat dihargai oleh pihak sekolah dan berharap SK Bukit Kallam akan terus cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi.

“SK Bukit Kallam sentiasa memberikan kerjasama kepada penganjura­n yang mampu memberi manfaat kepada murid, guru dan ibu bapa. Tahniah buat JPNIN Labuan,” katanya.

 ??  ?? ROSLI (tengah) dan YDP PIBG bergambar bersama murid, guru dan ibu bapa yang turut serta dalam Tarian Perpaduan Jabatan Perpaduan Labuan 2019.
ROSLI (tengah) dan YDP PIBG bergambar bersama murid, guru dan ibu bapa yang turut serta dalam Tarian Perpaduan Jabatan Perpaduan Labuan 2019.
 ??  ?? IBU bapa yang hadir memeriahka­n dan menyokong program Tarian Perpaduan.
IBU bapa yang hadir memeriahka­n dan menyokong program Tarian Perpaduan.
 ??  ?? BARISAN guru yang hadir memeriahka­n dan menyokong program Tarian Perpaduan JPNIN Labuan.
BARISAN guru yang hadir memeriahka­n dan menyokong program Tarian Perpaduan JPNIN Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia