Utusan Borneo (Sabah)

NGO digalak terus kerjasama

Pupuk kesedaran, jayakan kempen derma darah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Badan Bukan Kerajaan (NGO) disarankan sentiasa bekerjasam­a dengan pihak hospital bagi memperkasa­kan lagi kempen kesedaran menderma darah.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk FrankiePoo­nberkata,hospital di sini memerlukan sekurangku­rangnya 6,000 pain darah sebulan yang mana 2,000 pain darah itu diperlukan oleh pesakit Talasemia.

“Hospital kita juga berhadapan dengan kekurangan darah sebanyak 20 peratus setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah disebabkan kurangnya penderma tampil untuk menderma darah.

“BadanNGOse­pertiRotar­y Club, Lion Club serta NGO yang lain boleh bersama-sama pihak hospital menyebar luas kesedaran kebaikan menderma darah kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui pada Pelancaran Kempen Derma Darah DAP di Hospital Queen Elizabeth II pada Jumaat.

Beliau berkata, menderma darah sentiasa memberikan manfaat kepada diri sendiri dan juga orang ramai yang memerlukan.

Frankie yakin masih ramai dalam kalangan masyarakat masih tidak sedar akan manfaat menderma darah

DATUK FRANKIE POON

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat

kepada diri sendiri.

“Saya yakin derma darah ini akan menyelamat­kan nyawa jiran anda dan juga anda sendiri sekiranya semua masyarakat tampil secara sukarela untuk menderma.

“Saya juga menggalakk­an pihak hospital untuk mencari cara bagaimana untuk menarik lebih ramai penderma darah dan menyebarka­n kebaikan kempen itu kepada masyarakat,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Tan Lee Fat dan Adun Kapayan Jannie Lasimbang.

“Hospital di sini memerlukan sekurangku­rangnya 6,000 pain darah sebulan yang mana 2,000 pain darah itu diperlukan oleh pesakit Talasemia. ”

 ??  ?? FRANKIE (tengah), Phoong (enam kiri), Chan (empat kanan), Jannie (lima kanan) dan Tan (lima kiri) merakamkan gambar kenangan ketika di majlis itu.
FRANKIE (tengah), Phoong (enam kiri), Chan (empat kanan), Jannie (lima kanan) dan Tan (lima kiri) merakamkan gambar kenangan ketika di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia