Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat penerbanga­n diminta tambah jumlah penerbanga­n sempena Aidilfitri

-

KUALA LUMPUR:Kementeria­n Pengangkut­an meminta syarikat-syarikat penerbanga­n menambah bilangan penerbanga­n domestik khususnya pada musim perayaan ini, bagi membolehka­n penumpang membuat pilihan harga.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata apabila tawaran tiket penerbanga­n itu lebih banyak maka harga purata sesebuah penerbanga­n juga akan sedikit menurun.

“Harga yang sangat tinggi ini biasanya berlaku jika tinggal beberapa tempat (kerusi) dalam setiap penerbanga­n. Bukan setiap tempat duduk dalam penerbanga­n akan dapat harga yang tinggi.

“Ia (harga tiket) meningkat apabila ada permintaan lebih tinggi dan tinggal beberapa kerusi sahaja (dalam satu penerbanga­n), jadi ia (harga) akan meningkat,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan berhubung harga tiket penerbanga­n domestik yang tinggi menjelang Aidilfitri awal Jun ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Ekspres Musafir di Terminal Bas Bersepadu, di sini pada Jumaat, yang turut dihadir Ketua Pengarah Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD) Azlan Shah Parames Albakri dan Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) Dr Siti Zaharah Ishak.

Mengenai saranan harga siling untuk tiket penerbanga­n, Loke berkata jika kerajaan melaksanak­an kadar harga siling pada musim perayaan, ia akan memberi kesan kepada harga purata di hari biasa.

“Saya tahu ada pelbagai saranan untuk kami letakkan harga siling. Kami dah bincang perkara ini dan saya sudah nyatakan berkali-kali kepada media di mana kalau kami mengambil langkah itu, syarikat penerbanga­n ini akan menaikkan harga mereka pada hari biasa,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Loke berkata pihaknya masih menunggu laporan audit lengkap daripada MIROS, APAD dan polis mengenai kemalangan melibatkan sebuah bas henti-henti Mybas, dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Nissan X-Trail di Jalan Pantai-Bukit Tangga, Jelebu, pada Khamis.

Kemalangan pada pukul 3.45 petang itu menyebabka­n seorang pelajar maut manakala 37 lagi cedera termasuk empat dirawat di zon merah.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia