Utusan Borneo (Sabah)

Kastam Sarawak lebihi sasaran hasil sebanyak 101.2 peratus

-

KUCHING:Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak telah mencatat sasaran hasil melebihi kadar yang ditetapkan bagi tempoh sama tahun lepas sehingga 30 April 2019 sebanyak 101.2 peratus iaitu bersamaan dengan RM1.087 bilion.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Sharifah Halimah TuankuTaha­berkatapun­gutan jualan dan perkhidmat­an (SST) di bahagian cukai dalam negeri (CDN) telah merekodkan pencapaian sebanyak 124.8 peratus bagi tempoh sehingga April 2019.

“Kejayaan ini diperoleh melalui usaha serta kerja keras yang dilaksanak­an oleh setiap lapisan pegawai melalui enam operasi yang dijalankan sejak bulan Januari, ke arah membantu peningkata­n hasil jabatan.

“Bahagian Pematuhan telah berjaya mengeluark­an sebanyak 34 BOD (bill of demand) yang melibatkan tuntutan berjumlah RM17,426,493.80,” katanya dalam ucapan aluan Majlis Perhimpuna­n Setia dan Mesra warga JKDM Sarawak di sini, pada Jumaat.

Turut hadir ialah Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian CDN, Datuk Ahmad Maher Abd Jalil.

Sementara itu, Ahmad Maher berkata Malaysia telah kehilangan hasil berbilionb­ilion ringgit melalui penyata cukai barang dan perkhidmat­an (penyata GST-03) yang tidak dihantar kepada JKDM.

“Kita ada 200,000 lebih pendaftar GST yang belum hantar penyata seluruh Malaysia melibatkan 90,000 buah syarikat.

“GST perlu dibayar sehingga sekarang… tidak ada titik akhir untuk pembayaran GST manakala untuk tuntutan GST pula, ia mempunyai tarikh akhir iaitu pada 29 Dis 2018 dan kita juga mahu sifarkan penyata GST-03,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia