Utusan Borneo (Sabah)

Lebih ramai pemaju diseru sertai projek kompos sisa makanan

-

MELAKA: SWM Environmen­t Sdn Bhd (SWM Environmen­t) mengalu-alukan pemaju perumahan dan pembanguna­n untuk terlibat dalam inisiatif kompos sisa makanan bagi memanjangk­an jangka hayat tapak pelupusan sampah di tiga negeri di bawah kendalinny­a iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Pengarah Eksekutif SWM Environmen­t, Dr Uzir Abdul Malik berkata ia kerana secara purata kira-kira 30 hingga 40 peratus daripada jumlah sisa buangan di tapak pelupusan sampah terdiri daripada sisa makanan dan situasi itu dilihat semakin meruncing.

Beliau berkata melalui inisiatif itu, sisa makanan akan dikompos menjadi baja yang akan digunakan isi rumah kawasan terlibat untuk aktiviti tanaman atau pertanian sekali gus menjadikan pengurusan sisa pepejal di tapak pelupusan lebih efektif.

“Setakat ini, ia akan dilaksanak­an di Johor oleh satu pemaju perumahan sebagai projek perintis dan kita amat mengalu-alukan lebih banyak pemaju perumahan dapat bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

“Projek perintis ini akan menjadi kayu pengukur untuk mengenal pasti kelemahan yang ada sebelum ia diperluask­an bagi memberi impak yang lebih baik pada usaha pengurusan sisa makanan di negara ini pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar dan Sidang Akhbar Pengumuman Strategi Operasi Hari Raya Aidilfitri 2019 di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environmen­t, Mohd Norlisam Mohd Nordin dan Pengurus Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan SWM Environmen­t, Dr Al’Ashari Othman.

Uzir berkata pelaksanaa­n projek itu memerlukan satu kawasan tanah bagi kerja-kerja pengomposa­n sisa makanan berkenaan dan ia perlu disediakan pihak pemaju manakala SWM Environmen­t akan menyediaka­n perkhidmat­an kutipan sisa makanan itu.

Sementara itu, Al’Ashari berkata operasi kutipan sampah di Melaka akan terus beroperasi seperti biasa pada dua hari cuti umum Hari Raya Aidilfitri bermula 5 Jun hadapan.

Beliau berkata, tumpuan akan diberi di kawasan tong sampah berpusat, pusat bandar, pantai dan tempat awam memandangk­an Melaka adalah negeri pelanconga­n dan jumlah pelancong serta rakyat negeri itu dijangka meningkat pada cuti perayaan berkenaan.

“Kutipan sampah juga akan dilakukan seperti biasa bagi laluan pusat bandar pada malam hari raya dan hari raya pertama dan kita akan menggerakk­an SWM Action Team untuk mengambil tindakan segera sekiranya berlaku insiden di luar jangkaan seperti longkang tersumbat dan sampah berlebihan,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia