Utusan Borneo (Sabah)

Tiba masanya pinda Akta Kebajikan Haiwan

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) bersetuju dan berasa sudah tiba masanya bagi kerajaan Sarawak meminda akta kebajikan untuk haiwan, yang sedia ada.

Sependapat dengan kumpulan pencinta haiwan peliharaan dan persatuan kebajikan haiwan lain di sini, Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata adalah penting bagi kerajaan Sarawak meminda undang-undang kebajikan haiwan sedia ada dengan memberi perlindung­an yang lebih baik dan hak kebajikan untuk haiwan.

“Terdapat keperluan untuk mengemas kini dan melindungi diri kita dengan undang-undang dan peraturan baharu.

“Kita perlu melangkah seiring dengan keperluan semasa dan perkembang­an baharu,” katanya kepada media di sini kelmarin ketika diminta mengulas cadangan untuk memperluas Akta Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2015 ke Sarawak.

Senator Alan Ling pada Persidanga­n Dewan Negara awal bulan ini, telah menimbulka­n persoalan sama ada Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai rancangan untuk memanjangk­an Akta Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2015 ke Sarawak atau sebaliknya.

Beliau berkata akta perlindung­an nasional itu yang hanya berkuat kuasa pada 2017, hanya terpakai di Semenanjun­g Malaysia dan Labuan.

Oleh itu, beliau ingin mengemukak­an perkara itu kepada Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak untuk dipertimba­ngkan.

Terdahulu Adam melancarka­n kempen menghentik­an kekejaman terhadap haiwan di MBM di sini, yang dijayakan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia (MAWA) dan sekumpulan penduduk daripada Miri Society, yang mengambil berat usaha menyemai kebaikan terhadap haiwan dan menghentik­an perlakuan kejam terhadap makhluk itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia