Utusan Borneo (Sabah)

Persembaha­n amal The Crew di Sibu

- Oleh RENO BENJAMIN

THE Crew bersama-sama dengan beberapa band tempatan akan mengadakan persembaha­n amal di Dataran Cafe pada hari ini (25 Mei ), bermula jam 9 malam.

Menurut Ajis daripada The Crew, persembaha­n itu bertujuan mengutip sumbangan bagi membantu pemain dram The Crew iaitu Mohamad Sany Yusop @ Sani yang kemalangan pada 18 Mei lepas.

“The Crew bersama dengan band-band sekitar Sibu akan mengadakan persembaha­n secara ‘live’ bagi menghiburk­an orang ramai.

“Selain berhibur, persembaha­n amal ini juga bagi membantu Sani yang kini masih berada di hospital,” ujarnya.

Persembaha­n amal ini dijayakan dengan kerjasama Dataran Cafe yang terletak di No. 2G, Lorong Lau King Howe 1.

“Kita menjemput semua peminat The Crew untuk datang beramai-ramai ke Dataran Cafe pada malam 25 Mei ini untuk berhibur, di samping menjamu selera dan beramal,” jelas Ajis sambil menambah masuk adalah percuma.

Dengan sumbangan itu adalah diharap sedikit sebanyak dapat membantu kos perubatan serta perbelanja­an Sani menjelang Hari Raya.

Menyentuh mengenai Sani, Ajis yang juga pemain gitar The Crew memberitah­u, keadaannya semakin baik dan sudah boleh bercakap.

Difahamkan Sani juga telah menjalani pembe-dahan bagi memasang besi pada bahagian kaki-nya yang patah.

Dalam kejadian awal pagi 18 Mei lepas, kereta yang dipandu Sani terputus dua selepas melanggar penghadang jalan di Jalan Ling Kai Cheng.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika kenderaan yang dipandu mangsa terbabas sebelum melanggar penghadang jalan dan sebatang pokok.

Akibat kemalangan itu, bahagian hadapan kereta tersangkut di penghadang tepi jalan dan bahagian belakang jatuh ke dalam longkang.

Mangsa berjaya dikeluarka­n oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba dan mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu.

 ??  ?? THE CREW: (Dari kiri) Ajis, Hairee, Syafiq dan Sani.
THE CREW: (Dari kiri) Ajis, Hairee, Syafiq dan Sani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia