Utusan Borneo (Sabah)

`Terima kasih kepada guru-guru’

MuridTahun Enam bersyukur dapat berbuka puasa bersama guru

-

Alhamdulil­lah saya masih dapat berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu Maghrib bersama kawan-kawan dan guru-guru SK Lubok Temiang.

NURUL HANNALIENA HANNASAIE Murid Tahun 6 Alim

SEORANG anak yatim, Nurul Hannaliena Hannasaie, murid Tahun 6 Alim mengucapka­n terima kasih kepada semua guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Temiang, Labuan, yang tidak jemu mengajar dan mendidikny­a.

Dia juga bersyukur kerana berpeluang berbuka puasa dan seterusnya bersolat bersama guru dan rakan sekelasnya.

“Alhamdulil­lah saya masih dapat berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu Maghrib bersama kawankawan dan guru-guru SK Lubok Temiang.

“Saya ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mendidik saya selama ini,”katanya.

Demikian luahan Nurul Hannaliena yang turut menghadiri Program Iftor Jamaie dan Solat Hajat Tahun 6 2019 SKLT yang diadakan di Dewan Terbuka Tahun 6 pada 21 Mei lalu.

Program anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SKLT itu diketuai Guru Penyelaras, Ustazah Rini Othman.

Katanya, pada tahun ini seramai 90 orang murid Tahun 6 akan menduduki UPSR pada bulan September depan.

Sempena program itu diadakan majlis bacaan surah Yasin, tazkirah oleh Yang Dipertua PIBG Mohd Dzulfaizal Ab Manan dan ucapan Guru Besar Haji Adam Abd Rahim.

Tepat jam 6.28 petang, murid dan guru serta ibu bapa menikmati juadah berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu Maghrib dan solat hajat.

Selepas itu kembali menikmati jamuan makan, solat Isyak dan solat sunat Tarawih.

Ustazah Rini berkata tujuan utama program itu diadakan adalah untuk merasai berbuka puasa bersama ibu bapa, murid dan guru.

Selain itu, untuk mengeratka­n hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa SK Lubok Temiang.

“Solat hajat pula diadakan untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaa­n UPSR pada bulan September tahun ini,”katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Turut hadir Penolongpe­nolong Kanan, Roslan Mohamad (Pentadbira­n), Sunah Tahir (Hal Ehwal Murid) dan Joe Hellmy Jumat (Kokurikulu­m).

Sementara itu, Haji Adam berharap semua guru dan ibu bapa murid Tahun 6 akan

melibatkan diri dalam apa jua program yang dijalankan di sekolah.

“Kita mahu menseimban­gkan akademik dan agama dalam kalangan murid SK Lubok Temiang,”katanya.

Beliau tidak lupa mengucapka­n tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang menjadi pengelola program tersebut.

Haji Adam mengucapka­n terima kasih kepada guru-guru yang sempat meluangkan masa hadir ke program tahunan itu.

“Terima kasih juga kepada ibu bapa yang bersama anak mereka menjayakan program tersebut,”katanya.

Mohd Dzulfaizal dalam ucapan ringkasnya berharap murid Tahun 6 bersiap sedia dari sekarang untuk mendapatka­n keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2019.

“UPSR semakin hampir justeru itu saya berharap murid tidak leka dan membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah,”katanya.

Sementara itu, juadah berbuka puasa pada hari tersebut adalah hasil sumbangan semua guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan ibu bapa yang hadir.

Hadir sama AJK PIBG SK Lubok Temiang.

 ??  ?? HAJI Adam (lapan kanan) dan Mohd Dzulfaizal (tujuh kanan) bersama guru-guru dan murid Tahun 6.
HAJI Adam (lapan kanan) dan Mohd Dzulfaizal (tujuh kanan) bersama guru-guru dan murid Tahun 6.
 ??  ?? HAJI Adam (dua kanan) dan Mohd Dzulfaizal (kanan) bersama guru-guru menikmati jamuan berbuka puasa.
HAJI Adam (dua kanan) dan Mohd Dzulfaizal (kanan) bersama guru-guru menikmati jamuan berbuka puasa.
 ??  ?? MURID dan guru wanita gembira menjayakan Program Iftor Jamaie Murid Tahun 6 SK Lubok Temiang.
MURID dan guru wanita gembira menjayakan Program Iftor Jamaie Murid Tahun 6 SK Lubok Temiang.
 ??  ?? MURID bersama ibu bapa membaca surah Yasin.
MURID bersama ibu bapa membaca surah Yasin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia