Utusan Borneo (Sabah)

Nuzul Quran 1440H peringkat HQE berlangsun­g penuh keinsafan

-

KOTAKINABA­LU:Program Nuzul Al-Quran Peringkat Hospital Queen Elizabeth (HQE) anjuran Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (Perkips) dan Unit Hal Ehwal Islam Hospital yang berlangsun­g di Auditorium HQE pada Rabu berlangsun­g dengan penuh keinsafan dan rasa syukur dalam kalangan warganya.

Lebih 100 muslimin dan muslimat terdiri daripada pelbagai kategori meliputi kakitangan klinikal dan pengurusan turut serta mengimarah­kan lagi sambutan yang diisi dengan aktiviti tadarus dan khatam alQuran.

Setiausaha Perkips Jemian Alan berkata, Nuzul Al-Quran dan Khatam Al-Quran yang dianjurkan merupakan majlis serba ringkas namun penuh maknakeran­aiamenjadi­wadah untuk merapatkan silaturahi­m dalam kalangan warga hospital di samping menghayati peristiwa penurunan al-Quran yang berlaku pada bulan Ramadan.

Tambahnya, program ilmu dan keagamaan di peringkat organisasi bukan sahaja membentuk dan mengeratka­n lagi kerjasama kalangan warganya, sebaliknya menjadi ruang kepada muslimin dan muslimat memohon keberkatan dan mensyukuri nikmat setelah berjaya melaksanak­an ibadat puasa sepanjang hari.

Bagi Nuralya Raihanah @Olevia, Program Nuzul Al-Quran disertai dengan Majlis Khatam Al-Quran peringkat hospital merupakan majlis yang banyak memberi kesan positif kepada warga hospital.

“Ramadan adalah bulan rahmat dan sesuai untuk menilai tahap keimanan diri dan perbaikiny­a. Sehubungan itu, rebutlah peluang di bulan mulia dengan memperbany­akkan amal serta melakukan sesuatu yang baik danmenjauh­isegalayan­gburuk seterusnya membentuk umat yang bertaqwa, bukan sahaja sepanjang bulan Tamadan tetapi sepanjang masa dalam kehidupan,” katanya.

Program Nuzul Al-Quran dan majlis Khatam AlQuran peringkat hospital merupakan program tahunan yang menyaksika­n lebih 50 orang kalangan kakitangan menyertai program tadarus sepanjang awal Ramadan.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan HQE Jasnawati Jasmin, Pengurus Besar Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah Salman Nurillah dan Pengerusi Perkips Cawangan Hospital Dr ShahIskand­ar Sybil Syah. (Gambar kanan) SAMBUTAN Nuzul al-Quran turut diisi dengan aktiviti tadarus dan khatam al-Quran kalangan warga HQE.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta tadarus serta ahli jawatankua­sa merakamkan gambar kenangan.
SEBAHAGIAN peserta tadarus serta ahli jawatankua­sa merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? JEMIAN
JEMIAN
 ??  ?? NURALYA
NURALYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia