Utusan Borneo (Sabah)

Tungkus Koubasanan tampil dengan single Kaamatan

-

MENGGELAR diri mereka sebagai Tungkus Koubasanan, kumpulan koir itu tampil dengan lagu bertemakan Kaamatan bertajuk ‘Tadau Kounsikaha­n Tokou’.

Dianggotai oleh sembilan orang penyanyi, mereka terdiri daripada Julie J. Tokiu, Ethel Edward Ading, Walter Fibian, Wilfred Kulainie, Dexter Luan Donny, Ruth Gidion, Jeanny Stanis, Laura Perimus Toyan, dan Freddy Harmthon.

Bagi Welfred, Dexter, Jeanny dan Walter, ini adalah pengalaman pertama mereka untuk menyanyi di dalam studio dan seterusnya menjadi artis rakaman.

“Macam tidak percaya sampai ke tahap ini. Kami selama ini hanya menyanyi dalam koir gereja dan kini telahpun merakam lagu. Walaupun ianya lagu kior tapi ia sangat bermakna bagi kami,” kata penyanyi itu.

kesemua mereka akui gementar ketika masuk dalam studio dan berhadapan dengan situasi sebenar dalam rakaman.

“Selalu nampak orang buat tapi bila mengalamin­ya sendiri barulah tahu bagaimana perasaan itu dalam rakaman.”

Masa dan komitmen untuk menghadiri sesi latihan adalah antara cabaran terbesar yang mereka hadapi di mana, setiap mereka masing-masing sibuk dengan tugas dan pekerjaan, dan masa untuk berkumpul bersama sangat terhad.

Walaubagai­manapun, usaha dan komitmen daripada semua yang terlibat terbayar apabila gabungan koir ini telah memberi impak positif kepada penyanyi baharu itu sebagai persediaan sebelum mereka pergi ke tahap seterusnya.

Dalam penyusunan suara koir, Ruth melantunka­n vokalnya di bahagian suara soprano dan original, Julie dan Wilfred selaku alto dan original, manakala yang lain di bahagian original serta Freddy hanya menyanyika­n alto.

“Pada mulanya lagu ini dinyanyika­n oleh sepuluh orang penyanyi namun atas sebab yang tidak dapat di elakkan dan komitmen dalam tugasan masingmasi­ng, penyanyi hanya tinggal lapan orang. Untuk melengkapk­an korum dalam kumpulan koir ini, saya turut serta menambah suara alto, kata Freddy.

“Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kumpulan ini kerana sudi menyanyika­n lagu ciptaan saya dengan baik, sungguhpun diawal latihan agak kucar kacir sedikit, namun akhirnya mereka berjaya melakukann­ya,” Katanya selaku komposer lagu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia