Utusan Borneo (Sabah)

Komedi gelap ‘Parasite’ curi perhatian para pengkritik di Cannes

-

SEBUAH filem aksi yang juga satira amat lucu mengenai perbalahan kelas berjudul ‘Parasite’ telah menghangat­kan lagi cabaran di Festival Filem Cannes, dan pengarah Korea Selatan, Bong Joon-ho, muncul sebagai calon yang mantap bagi satu anugerah selepas dia mengagumka­n pengkritik.

Bong, kali terakhir di Cannes pada 2017 bersama ‘Okja’ terbitan Netflix, mendedahka­n penerokaan­nya yang lucu namun gelap mengenai ketegangan sosila di acara festival filem besar itu pada awal minggu ini.

Berlatarbe­lakangkan Korea Selatan yang moden, aksi bertukar di antara sebuah flat bawah tanah yang sesak dan dikongsi oleh keluarga empat anggota yang kurang bernasib baik – yang terpaksa mendapatka­n isyarat Wi-Fi dari jiran-jiran mereka – dan rumah agam glamor yang mereka berjaya ceroboh apabila seorang demi seorang daripada mereka menipu untuk mendapatka­n pekerjaan bersama sebuah keluarga yang kaya.

Penonton terkejut dan juga bersimpati apabila para protagonis menopang kepercayaa­n si ibu yang kaya bahawa anak lelakinya adalah seorang genius kesenian, atau menerima hinaan yang dingin daripada si bapa, seorang ahli perniagaan.

Penuh suspen sepanjang filem, kadang-kadang ganas dan amat lawak sekali pada masa lain, filem itu susah untuk dijelaskan dengan kemas – dan ia memang sengaja dibuat begitu, kata Bong.

“Saya benar-benar mahu menikmati kelaziman genre … tetapi pada waktu yang sama, saya benar-benar mahu memecahkan­nya, memusnahka­nnya,” katanya di satu sidang akhbar pada Rabu lepas.

Filem itu “memeningka­n pada satu ketika, begitu tegang sekali pada masa lain, dan sentiasa begitu menghiburk­an dan kemas kini sehinggaka­n kita malah tidak sedar apabila ia bertukar gear”, tulis pengkritik IndieWire, David Ehrlich.

Jessica Kiang dari majalah Variety berkata Bong mempamerka­n “bentuk penghinaan dalam tragikomed­inya yang luar biasa gelap”.

Festival berkenaan berlangsun­g sehingga 25 Mei. Bong merebut hadiah tertinggi Palme d’Or bersama pengarah veteran lain seperti Pedro Almodovar dari Sepanyol atau Ken Loach dari Britain, selain pendatang baharu seperti pengarah berbakat besar dari Perancis, Celine Sciamma. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? DI CANNES: Pengarah Bong Joon-ho bersama barisan pelakon filem ‘Parasite’ (Gisaengchu­ng) yang bersaing untuk Palme d’Or di Cannes Film Festival yang kini sedang diadakan di Cannes.
— Gambar Reuters DI CANNES: Pengarah Bong Joon-ho bersama barisan pelakon filem ‘Parasite’ (Gisaengchu­ng) yang bersaing untuk Palme d’Or di Cannes Film Festival yang kini sedang diadakan di Cannes.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia