Utusan Borneo (Sabah)

Kreatif cipta lagu tempatan, lagu rentak Sumazau boleh diketengah

Lagu rentak Sumazau boleh diketengah ke persada antarabang­sa

- EWON (tengah) pada sidang akhbar.

DATUK EWON BENEDICK

Barangkali para pencipta lagu tempatan atau artis-artis kita sendiri boleh memulakann­ya dengan mencipta lagulagu dalam bahasa Inggeris, Mandarin atau bahasa utama dunia lain dengan mengekalka­n rentak Sumazau supaya mudah dihayati oleh para pendengar antarabang­sa.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah

PENCIPTA lagu tempatan diminta lebih kreatif mencipta lagu berentak Sumazau terutama dalam Bahasa Inggeris dan Mandrin supaya boleh dipasarkan di peringkat antarabang­sa.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata lagu-lagu itu secara tidak langsung akan mempromosi dan memperkena­lkan keunikan kebudayaan pelbagai masyarakat di negeri ini terutamany­a Kadazandus­un.

“Selama ini, beberapa artis tempatan kita telah

menggubah lirik ke bahasa tempatan beberapa lagu yang berasal dari negara lain tetapi masih mengekalka­n rentak irama lagu tersebut.

“Ia mendapat sambutan dalam kalangan pendengar dalam negara kita seperti lagu yang berasal dari negara ‘Orang Putih’, Korea, Jepun, Tagalog, Mandarin dan sebagainya.

“Saya berpendapa­t kita juga boleh mengekspor­t lagu-lagu kita dengan rentak Sumazau ke persada antarabang­sa.

“Barangkali para pencipta lagu tempatan atau artis-artis kita sendiri boleh memulakann­ya dengan mencipta lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, Mandarin atau bahasa utama dunia lain dengan mengekalka­n rentak Sumazau supaya mudah dihayati oleh para pendengar antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di antara pemenang johan Sugandoi Kaamatan Sabah 2019, Dabra Sia Ying Ying dengan syarikat Sony Malaysia dan juga Kontrak Ekslusif di antara pemenang naib johan Sugandoi, Eylia Eyre Guntabid dengan syarikat Broadway Entertainm­ent di Kokol Haven Resort, Manggatal.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian menyatakan rasa bangga dan penghargaa­n kepada jawatankua­sa Sugandoi pimpinan Asmin Mudin kerana berjaya mencipta sejarah baharu mengangkat martabat artis-artis sugandoi sehingga menjadi duta dan artis rakaman syarikat antarabang­sa.

“Bukan hanya pencapaian ini merupakan satu sejarah yang penting, tetapi saya amat yakin saudari Dabra dan Eylia akan mencetuska­n motivasi dan menjadi idola kepada ramai anak muda termasuk dari kampung-kampung di luar bandar untuk berjaya dalam bidang pilihan masingmasi­ng.

“Bagi pihak Kerajaan Sabah juga, saya merakamkan penghargaa­n kepada Sony Malaysia dan Broadway Entertainm­ent kerana memilih artis-artis Sugandoi Kaamatan sebagai duta dan artis rakaman mereka,” katanya.

Turut hadir Penasihat Sugandoi Artiste Management (SAM) Asmin Mudin, Wakil Sony Malaysia Elizabeth Lee dan Pengarah Urusan Broadway Entertainm­ent (M) Sdn. Bhd Boon Tan.

 ??  ??
 ??  ?? EWON bergambar bersama artis Sugandoi, wakil Sony Malaysia, Broadway Entertainm­ent (M) Sdn.Bhd dan wakil SAM selepas majlis itu.
EWON bergambar bersama artis Sugandoi, wakil Sony Malaysia, Broadway Entertainm­ent (M) Sdn.Bhd dan wakil SAM selepas majlis itu.
 ??  ??
 ??  ?? EWON (tengah), Asmin (dua dari kanan) dan Boon (kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Dabra (kanan) dan Elizabeth.
EWON (tengah), Asmin (dua dari kanan) dan Boon (kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Dabra (kanan) dan Elizabeth.
 ??  ?? EWON(tengah) bergambar bersama Dabra (kiri) dan Eylia Eyre (kanan).
EWON(tengah) bergambar bersama Dabra (kiri) dan Eylia Eyre (kanan).
 ??  ?? EWON menyaksika­n penyerahan kontrak daripada Boon kepada Eylia Eyre.
EWON menyaksika­n penyerahan kontrak daripada Boon kepada Eylia Eyre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia