Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan, NGO satu hati dalam aspek kebajikan masyarakat di Sabah

Dalam aspek kebajikan masyarakat di Sabah

- (MPMS).- PENERANGAN

KOTA KINABALU: Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersatu hati dalam aspek kebajikan masyarakat di negeri ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, usaha di antara keduadua pihak perlu seiringan dalam usaha memastikah taraf hidup penduduk Sabah berada pada tahap yang baik.

“Peruntukan daripada pihak kerajaan untuk kebajikan penduduk di negeri ini, ia tidak pernah dikurangka­n, walau bagaimana pun, kos masa kini membuatkan peruntukan sedia ada mencukupi.” tidak DATUK FRANKIE POON MING FUNG Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat

“Kami sedar dan peka akan keperluan orang yang kurang bernasib baik dan kurang upaya di negeri ini.

“Dengan kerjasama pelbagai NGO, kita sama-sama memahami isu serta mencari ruang dan peluang bagi mengatasi isu berkenaan.

“Peruntukan daripada pihak kerajaan untuk kebajikan penduduk di negeri ini, ia tidak pernah dikurangka­n, walau bagaimana pun, kos masa kini membuatkan peruntukan sedia ada tidak mencukupi.

“Namun begitu, kementeria­n telah mengadakan perbincang­an bersama kerajaan Sabah dan telah dipersetuj­ui bahawa akan ada pertambaha­n peruntukan untuk tahun hadapan,” katanya kepada media selepas Lawatan Rasmi beliau ke Majlis Perkhidmat­an Masyarakat Sabah (MPMS), di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Frankie berharap agar syarikatsy­arikat swasta di negeri ini dapat membantu organisasi­organisasi yang memerlukan bantuan kewangan.

“Kebanyakan syarikat besar mempunyai program-program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) dan mereka boleh menggunaka­n program CSR sebagai salah satu cara untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

“Bantuan dana boleh disalurkan terus kepada NGO yang memerlukan agar mereka dapat melaksanak­an visi dan misi tanpa kekangan kewangan,” katanya lagi.

Tambah beliau, usaha dalam menjadikan kawasan bandar dan kawasan awam sebagai mesra orang kurang upaya (OKU) juga sedang giat dijalankan.

Lebih kurang 26 agensi kerajaan dan bukan kerajaan hadir dalam lawatan itu bagi berkongsi maklumat mengenai keperluan setiap organisasi serta menerangka­n mengenai Majlis Perkhidmat­an Masyarakat Sabah

 ??  ?? WAKIL-wakil agensi kerajaan dan NGO yang hadir bergambar kenangan bersama Frankie (duduk, tengah).
WAKIL-wakil agensi kerajaan dan NGO yang hadir bergambar kenangan bersama Frankie (duduk, tengah).
 ??  ?? FRANKIE (dua kiri) menerima majalah dari Persatuan Orang-orang Tua mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
FRANKIE (dua kiri) menerima majalah dari Persatuan Orang-orang Tua mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia