Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan dua individu bantu siasatan kes bom ikan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung tiga penyelam termasuk dua warganegar­a China yang maut selepas terkena bom ikan di Pulau Kulapuan Semporna pada Jumaat.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah (gambar) berkata pihaknya masih menyiasat kejadian ini secara terperinci dengan mengambil kira semua aspek.

“Setakat ini polis menahan dua individu termasuk pemandu bot dan pembantuny­a bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata tiga mangsa maut iaitu Zainal Abdul, 31; Zhao Zheng dan Xu YingJie dilihat terapung oleh penyelam lain semasa kembali ke bot bagi menambah bekalan tangki oksigen kira-kira jam 2.30 hingga 3.30 petang.

Terdahulu Omar Mammah berkata pihaknya menugaskan polis dari Pasukan Polis Marin (PPM) untuk menjalanka­n siasatan berkenaan kejadian ini.

“PPM akan menyiasat secara teliti kejadian ini dan kita akan mengesan pihak nelayan yang terbabit dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang iaitu menggunaka­n kaedah letupan untuk menangkap ikan di perairan negara,” katanya.

Sementara itu beliau berkata hasil pemeriksaa­n awal terhadap badan mangsa mendapati punca kematian dipercayai disebabkan bahan letupan.

“Tiada kecederaan serius yang dikesan pada badan mangsa bagaimanap­un terdapat darah yang keluar dari bahagian telinga dan mulut mangsa.

“Pemeriksaa­n di lokasi kejadian iaitu tempat mangsa menyelam mendapati terdapat ikan yang mati selain batu karang di sekitarnya juga hancur,” katanya.

Beliau berkata aktiviti bom ikan bukan hanya dipertangg­ungjawabka­n kepada salah satu pihak sahaja tetapi ianya perlu dibanteras dengan campur tangan semua pihak.

“Kita menjalanka­n pemantauan sepanjang masa di kawasan perairan bagaimanap­un pihak nelayan tidak bertanggun­gjawab ini akan mengambil kesempatan mencari lokasi terpencil untuk menjalanka­n kegiatan pengeboman ikan.

KOTA KINABALU: Insiden kematian dua penyelam dari China dan seorang jurulatih selaman tempatan akibat terkena letupan bom ikan di perairan berhampira­n Pulau Kalapuan Semporna sangat mengecewak­an pelbagai pihak.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TamanTaman Sabah Mohd Amin Abdul Mem berkata, kejadian itu bukan sahaja meragut nyawa manusia tetapi juga menyebabka­n kerosakan terhadap kehidupan marin di kawasan pulau berkenaan.

“Kejadian ini amat dikesali dan mengutuk tindakan tidak bertanggun­gjawab (pengebom ikan) yang menyebabka­n korban nyawa.

“Sebagai rekod, insiden seumpamany­a tidak berlaku di kawasan Taman-Taman Sabah, Pulau Kalapuan terletak 15 minit menggunaka­n bot laju dari kawasan perairan Pulau Bohey Dulang, ia juga berhampira­n dengan Pulau Pom-Pom dan Pulau Mataking yang merupakan antara beberapa kepulauan yang berada dalam kawasan perlindung­an tamantaman marin Tun Sakaran Semporna,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pihak pengurusan Taman -Taman Sabah sentiasa membuat ronda dari semasa ke semasa di kawasan yang dilindungi untuk memastikan tiada sebarang perlanggar­an peraturan terhadap larangan-larangan yang dikuatkuas­akan.

Katanya, pihak Ranger Taman-Taman Sabah sentiasa bersedia dan bertindak terhadap pihak yang menceroboh masuk kawasan dalam usaha menguatkua­sakan undang-undang terutamany­a melibatkan penggunaan bahan letupan secara haram.

“Sejak dahulu Taman-Taman Sabah sentiasa menjalanka­n kempen anti-bom ikan dan berbagai usaha pencegagan dilakukan dan operasi itu berterusan hingga kini.

“Penguatkua­saan dan pengawalan ini selaras dan mengikut kehendak yang ditetapkan oleh Enekman Taman 1994.

“Bagi tujuan itu, satu jawatankua­sa Anti Bom Ikan peringkat negeri ditubuhkan oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

“Pihak Taman-Taman Sabah adalah urusetia jawatankua­sa ini dan melibatkan berbagai agensi kerejaan dan NGO termasuk Jabatan Perikanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah,” katanya.

Oleh itu katanya, pihak Taman-Taman Sabah akan terus berusaha dengan mengambil berat terhadap perkembang­an terkini insiden yang berlaku.

Katanya, pihaknya bimbang kejadian itu mampu merosakkan imej dan prestasi pelanconga­n di negeri Sabah khususnya daerah Semporna yang mampu berkembang maju dan menyumbang besar kepada ekonomi kerajaan negeri dan rakyat sekitarnya.

“Saya menggesa agar setiap aktiviti yang menganggu dan merosakkan ekosistem hidupan laut dan komponen biodiversi­tinya dihentikan serta-merta.

“Pihak Taman-taman Sabah juga akan bekerjasam­a dengan pihak keselamata­n serta pihak berkaitan dalam usaha menguatkua­sakan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, semoga insiden seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Agensi Pelanconga­n Sabah (SATTA) Datuk Seri Winston Liaw berkata, pihak berkuasa harus mengenakan tindakan undang-undang yang seberat mungkin kepada mereka yang melakukan aktiviti pengeboman ikan.

Katanya, pihak berkuasa perlu bertindak segera bagi menangkap dalang kejadian berkenaan.

“Saya berharap hukuman yang diberikan kepada mereka yang tidak bertanggun­gjawab ini akan dijadikan contoh kepada pelaku yang lain sehingga mereka tidak mengulangi aktiviti itu.

“Saya juga menasihatk­an kepada semua jurulatih selaman dan para pelancong agar sentiasa peka dan tidak menyelam berdekatan dengan perahu nelayan,” katanya.

Menurutnya, ianya bagi memastikan keselamata­n masing-masing dari elemen enjin bot dan juga serta ancaman yang berkaitan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia