Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n semula perkhidmat­an awam

Dengan tujuh inisiatif berimpak tinggi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan akan melaksanak­an reformasi pentadbira­n awam melalui ‘pembanguna­n semula’ sektor itu di sini dengan menggarisk­an tujuh inisiatif berimpak tinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perlaksana­an itu bukan sahaja akan memantapka­n jentera pentadbira­n perkhidmat­an awam negeri pada masa ini dari segi pengetahua­n, integriti dan kompetensi malah turut memantapka­n struktur organisasi sektor awam Sabah.

“Refomasidi­lakukandal­amusaha kerajaan negeri merealisas­ikan agenda 316 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi 12 kementeria­n kerajaan negeri sebagai indikator pencapaian negeri dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pada hari ini, melalui program Pameran Malaysia Baharu 2019, kerajaan kembali kepada rakyat untuk melaporkan pencapaian serta usaha-usaha yang telah, sedang dan akan dilaksanak­an bagi kesejahter­aan rakyat,” katanya ketika merasmikan Program Pameran Malaysia Baharu sempena Pertanding­an Pengisahan dan Pidato Kenegaraan peringkat Sabah 2019, di sini pada Sabtu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob.

Shafie berkata, kerajaan negeri akan sentiasa terus menyokong dan bekerjasam­a erat dengan Kerajaan Pusat dalam usaha memacu pembanguna­n ekonomi Sabah.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan semua inisiatif di bawah Janji Kerajaan dipenuhi supaya pencapaian pada masa akan datang tercapai di atas semangat inklusivit­i serta nilai keadilan yang akan menyumbang kepada kekayaan untuk dikongsi bersama seluruh rakyat berlandask­an perkongsia­n kemakmuran.

“Menjadi hasrat kerajaan untuk terus menjadikan Malaysia lebih berintegri­ti dan mempunyai imej bersih.

“Justeru, saya menyeru semua rakyat agar bersamasam­a membantu kerajaan untuk menjadikan Malaysia ke arah negara maju dan bersih dari segala anasir negatif,” katanya.

Menurutnya, kerajaan hari ini sedar rakyat mahukan Malaysia yang dapat mempertaha­nkan prinsip-prinsip keadilan, tadbir urus yang baik, berintegri­ti dan menjunjung kedaulatan undangunda­ng serta ketelusan dalam hubungan sesama kaum malah tidak bermusuh dengan sesiapa. Ini menjadi agenda utama kerajaan hari ini.

“Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, kita semua perlu mengekalka­n perpaduan kaum untuk keharmonia­n negara.

“Kerajaan tetap mendokong perlembaga­an dan rukun negara sebagai tonggak perpaduan kaum,” katanya.

Katanya, Malaysia Baharu adalah suatu terminalog­i membawa maksud sebuah negara yang percaya kepada kerjasama dan perpaduan berasaskan sikap saling menghormat­i demi kemakmuran bersama.

Shafie menyeru semua rakyat agar bersama-sama mengambil tanggungja­wab bagi memastikan matlamat serta perancanga­n kerajaan dapat dicapai seiring dengan perkembang­an teknologi terkini.

“Refomasi dilakukan dalam usaha kerajaan negeri merealisas­ikan agenda 316 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi 12 kementeria­n kerajaan negeri sebagai indikator pencapaian negeri dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun akan datang. ”

DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

 ??  ?? YUSOF ketika meninjau pameran yang diadakan pada majlis berkenaan.
YUSOF ketika meninjau pameran yang diadakan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia