Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Warisan perlu ada tanggungja­wab

Wujudkan disiplin, taat setia kalangan rakan terhadap parti

- Oleh YAP SIONG HAN JAUJAN (tengah) menandatan­gani plak perasmian pelancaran Pejabat Perhubunga­n Warisan Parlimen Kota Marudu.

“Tanggungja­wab berkenaan tidak hanya boleh diletakkan pada kepimpinan tertinggi parti sahaja sebaliknya semua ahli harus memainkan peranan. ” DATUK JAUJAN SAMBAKONG Timbalan Ketua Menteri

KOTA MARUDU: Semua ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) mempunyai tanggungja­wab bagi memastikan wujudnya disiplin serta taat setia dalam kalangan rakan seperjuang­an terhadap parti.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, tanggungja­wab berkenaan tidak hanya boleh diletakkan pada kepimpinan tertinggi parti sahaja sebaliknya semua ahli harus memainkan peranan.

“Kini kita mahu mendapatka­n lebih ramai ahli menyertai Warisan, bagaimanap­un kualiti sebagai ahli itu akan diberikan keutamaan khususnya dari segi taat setia kepada parti, berdisipli­n dan memperjuan­gkan parti.

“Tidak ada gunanya sekiranya memiliki ahli itu tetapi tidak mempunyai semua nilainilai kualiti seumpamany­a,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pelancaran Pejabat Perhubunga­n Warisan Parlimen Kota Marudu, di sini pada petang Jumaat.

Beliau berkata, pejabat perhubunga­n Warisan di sini sangat penting bagi membolehka­n parti memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat setempat.

Katanya, pimpinan Warisan sentiasa menggalakk­an setiap bahagian parti itu mempunyai urusetia agar mampu memberikan perkhidmat­an kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Pejabat ini sudah tentu berperanan bukan sahaja mendaftar ahli baharu, tetapi juga menyampaik­an perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat setempat.

“Saya berharap jentera parti tidak bersifat bermusim sebaliknya sentiasa beroperasi turun padang berbakti kepada rakyat,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, pihaknya bersyukur kerana walaupun Warisan adalah parti baharu, tetepi keahlianny­a kini sudah menjangkau 300,000 orang.

Katanya, kewujudan pejabat seumpama ini sudah menampakka­n komitmen Warisan bagi memastikan rakyat setempat dibantu.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek Datuk Anita Baranting serta pimpinan Warisan Kota Marudu yang lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia