Utusan Borneo (Sabah)

Jangan jadikan kaedah alternatif rawatan utama

Tiada kajian buktikan perubatan homeopati dapat rawat kanser

-

“Sehingga hari ini tiada kajian membuktika­n perubatan homeopati dapat merawat kanser berbanding rawatan di hospital yang telah diluluskan terbukti mampu mengubati penyakit kanser.

GOPENG:Pesakit kanser dinasinati supaya tidak menjadikan rawatan alternatif atau perubatan homeopati sebagai rawatan utama, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata sehingga hari ini tiada kajian membuktika­n perubatan homeopati dapat merawat kanser berbanding rawatan di hospital yang telah diluluskan terbukti mampu mengubati penyakit kanser.

“Pesakit perlu faham tujuan rawatan alternatif ini. Sebagai contoh, rawatan kanser payudara ada bukti saintifik ia boleh dirawat melalui pembedahan, kemoterapi, radioterap­i dan ubat spesifik yang jelas telah buktikan kemandiria­n untuk pesakit.

Untuk rawatan alternatif, ia cuma membantu jadi jangan gunakan rawatan alternatif atau homeopati sebagai rawatan primary (utama), jangan. Ia boleh membantu semasa pesakit menerima rawatan daripada hospital,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Program Kesedaran Kanser Wanita dan Kesejahter­aan Keluarga peringkat Parlimen Gopeng di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Dr Lee yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata selain

DR LEE BOON CHYE Timbalan Menteri Kesihatan

menjalani rawatan di hospital, sokongan daripada keluarga dan masyarakat amat diperlukan bagi dapat membantu pesakit kanser melalui saat genting tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Dr Narimah Awin berkata mengikut data pihaknya, sejak ujian saringan mamogram secara percuma dilancarka­n pada 2007 hingga 30 Jun lepas hanya 368,786 wanita memanfaatk­annya.

Katanya daripada jumlah itu, 43 peratus adalah daripada kaum Cina, 39 peratus Melayu dan sembilan peratus, India.

“Daripada 368,786 wanita yang telah melakukan saringan, seramai 39,861 perlukan penyiasata­n lanjut, manakala 705 positif kanser dan selebihnya normal,” katanya sambil menasihati wanita agar meningkatk­an kesedaran melakukan ujian saringan kanser.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia