Utusan Borneo (Sabah)

Musibah ini mengingatk­an semula ketakutan terhadap ‘Big One’, gegaran sangat kuat di San Andreas Fault Gempa bumi 7.1 magnitud gegar California Selatan

-

LOS ANGELES: California Selatan telah digegarkan dengan gempa bumi paling besar dalam tempoh dua dekad pada Jumaat lepas, satu gegaran sekuat 7.1 magnitud yang menggegark­an bangunan dan memutuskan bekalan elektrik di beberapa bahagian di Los Angeles namun tidak menyebabka­n kerosakan besar atau kematian, menurut pihak berkuasa.

Gempa bumi yang cetek itu telah berlaku berhampira­n pekan kecil Ridgecrest pada jam 8:19 malam waktu tempatan, menurut ahli seismologi AS, dan diikuti dengan gempa bumi sekuat 6.4 magnitud yang melanda kawasan yang sama sehari sebelumnya.

Gempa bumi terbaharu adalah 11 kali lebih kuat berbanding dengan “kejutan awal” beberapa hari sebelumnya, menurut United States Geological Survey, dan merupakan sebahagian dari apa yang dikenali oleh pihak seismologi sebagai satu “rentetan gempa bumi.”

Gegaran yang dirasai sejauh lebih dari 150 batu di Los Angeles, di mana jabatan bomba telah mengerahka­n kenderaan dan helikopter agar memeriksa kerosakan dan penduduk yang memerlukan bantuan kecemasan.

Gempa bumi itu merupakan yang paling besar di selatan California sejak 1999 ketika satu gempa bumi dengan magnitud 7.1 melanda pangkalan Twentynine Palms Marine Corps, menurut The Los Angeles Times.

“Kami menerima beberapa maklumat yang dihantar... dan ketiadaan bekalan elektrik di beberapa kawasan kejiranan di bandar Los Angeles... selain dari beberapa isu-isu kecil; tiada kerosakan utama terhadap infrastruk­tur yang telah dikenal pasti,” menurut pihak Jabatan Bomba Los Angeles dalam kenyataan Twitter.

Jabatan tersebut kemudian mengeluark­an satu kenyataan menyatakan bahawa tinjauan udara dan daratnya telah mendapati “tiada kerosakan besar pada bangunan”.

“Terdapat tiada kehilangan nyawa atau kecederaan serius yang kami boleh kaitkan secara langsung dengan gempa bumi yang berlaku pada jam 8:19 malam waktu tempatan,” jurucakap LAFD Brian Humphrey menyatakan dalam satu kenyataan.

Jabatan Bomba San Bernardino menyatakan bahawa beberapa anggotanya di bandar timur Los Angeles telah menerima panggilan 911, termasuk satu melaporkan kecederaan ringan.

Ketua Polis LA Michael Moore menyatakan dalam akaun Twitter rasmi beliau bahawa perkhidmat­an rel dan bas tidak terjejas, dan perkhidmat­an tersebut masih lagi diteruskan.

Gegaran tersebut menyebabka­n penduduk Ridgecrest berlari keluar untuk menyelamat­kan diri dan melaporkan tentang gegaran susulan berterusan, dengan seorang wanita menyatakan beliau berasa “tidak selesa” untuk masuk semula ke dalam rumah pada malam itu.

Gegaran berhenti “selama seminit, dan kemudian ia mula bergegar semula...ia adalah agak pelik. Namun buat masa sekarang, saya berasa kurang selesa berada di dalam,” kata Jessica Kormelink.

Gempa bumi mengingatk­an semula dengan ketakutan bagi ‘Big One’ satu gegaran yang sangat kuat di sepanjang San Andreas Fault yang boleh memusnahka­n bandar-bandar besar di selatan California.

Pada Khamis lepas, ahli seismologi Caltech, Lucy Jones telah memberikan amaran dalam satu sidang media bahawa terdapat “kira-kira satu peluang satu dalam 20 bahawa lokasi ini akan mengalami satu gempa bumi yang lebih besar dalam tempoh beberapa hari akan datang, yang mana belum pernah kita lihat bagi gempa bumi paling besar selama ini.”

Kelmarin, Jones menyatakan: “Kamu tahu kami menyatakan kita mempunyai peluang 1 dalam 20 bahawa satu gempa bumi akan diikuti dengan sesuatu yang lebih besar”. Ini adalah 1 dalam 20 kali.” — AFP

 ??  ?? REKAHAN kelihatan di sepanjang jalan lebuh raya 178 menuju ke utara dari Ridgecrest ke Trona baru-baru ini. Selatan California dilanda gempa bumi terbesar dalam dua dekad Jumaat lepas, pada skala 7.1-magnitud yang menjejaska­n penduduk kurang dari 48 jam selepas satu lagi gempa bumi berlaku di kawasan yang sama. — Gambar AFP
REKAHAN kelihatan di sepanjang jalan lebuh raya 178 menuju ke utara dari Ridgecrest ke Trona baru-baru ini. Selatan California dilanda gempa bumi terbesar dalam dua dekad Jumaat lepas, pada skala 7.1-magnitud yang menjejaska­n penduduk kurang dari 48 jam selepas satu lagi gempa bumi berlaku di kawasan yang sama. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia