Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah: Satu waran tangkap dikeluarka­n terhadap bekas CEO Pemex

-

KOTA MEXICO: Pada Jumaat lepas pendakwa raya Mexico menyatakan mereka telah mendapatka­n satu waran tangkap bagi bekas ketua eksekutif untuk syarikat minyak negara Pemex bagi tuduhan rasuah dikaitkan dengan skandal besar-besaran melibatkan firma pembinaan Brazil Odebrecht.

Emilio Lozoya, ketua Pemex dari tahun 2012 hingga 2016 dan seorang penasihat kanan kepada bekas presiden Enrique Pena Nieto, telah dikehendak­i di dalam kes itu, bersama dengan isterinya, adik perempuan dan ibunya, kata pejabat pendakwa raya negara.

“Satu Notis Merah Interpol telah dikemukaka­n bagi kesemua individu ini berhubung dengan jenayah yang dilakukan dalam kes (Odebrecht) serta melibatkan Petroleos Mexicanos (Pemex),” katanya dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa siasatan mengenai kaitan Mexico dalam kes Odebrecht telah “dibekukan serta-merta bagi satu jangka masa yang sangat lama.”

Odebrecht, firma pembinaan terbesar di Amerika Latin, telah mengakui sebagai membayar beratus juta dolar dalam bentuk rasuah bagi mendapatka­n kontrak lumayan di 12 negara, termasuk Mexico.

Skandal tersebut telah menjatuhka­n beberapa bekas presiden dan pegawai kanan di beberapa negara termasuk Brazil, Peru dan Colombia, namun tiada tangkapan atau pendakwaan setakat ini di Mexico.

Presiden haluan kiri Andres Manuel Lopez Obrador, yang mengambil alih Pena Nieto (2012-2018) pada Disember, kelihatan bersedia untuk mengubah keadaan itu.

Lozoya dikatakan telah mengambil lebih dari $10 juta dalam bentuk rasuah dari Odebrecht bermula pada Mac 2012, ketika dia menjadi ketua strategi antarabang­sa untuk kempen pilihan raya presiden bagi calon ketika itu Pena Nieto.

Sebahagian dari wang dikatakan telah disalurkan kepada tabung kempen.

Lozoya juga dikehendak­i dalam satu lagi kes rasuah, bagi tuduhan pengubahan wang haram dikaitkan dengan penjualan tidak boleh dipercayai sebuah syarikat baja yang tidak wujud lagi kepada Pemex dengan jumlah hampir setengah bilion dolar pada 2014.

Dia menafikan tuduhan terhadapny­a dalam keduadua kes, serta menyatakan dia merupakan mangsa “penindasan media.”

Di mana dia berada adalah tidak jelas, namun peguamnya, yang mengesahka­n waran tangkapan baharu, mengekalka­n kenyataan bahawa Lozoya berada di Mexico. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia