Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga fail tuntutan cuai terhadap polis Chicago dan Mercy Hospital

-

WASHINGTON: Adikberadi­k perempuan kepada Alfonso Bennett telah bersetuju untuk mencabut sistem sokongan hayat beliau selepas para doktor di Mercy Hospital di Chicago memberitah­u mereka bahawa terdapat tiada harapan lagi untuk beliau pulih.

Namun didapati bahawa bukannya abang mereka Alfonso Bennett yang sedang nazak di hospital namun seorang lelaki lain, Elisha Brittman.

Keluarga Bennett dan Brittman telah memfailkan satu tuntutan mahkamah pada minggu ini terhadap Jabatan Polis Chicago dan Mercy Hospital di Cook County Circuit Court di Illinois didakwa bagi kecuaian.

Kes kesilapan identiti yang aneh ini berlaku sejak lewat April, ketika seorang lelaki yang dalam keadaan bogel dan tercedera teruk telah ditemui di bawah sebuah kereta di Chicago serta dimasukkan ke Mercy Hospital.

Adik-beradik perempuan kepada Alfonso Bennett telah dimaklumka­n oleh pihak polis bahawa beliau merupakan lelaki di hospital tersebut.

Walaupun mereka mempunyai sedikit keraguan mengenai identitiny­a, namun mereka bersetuju untuk mencabut sistem sokongan hayat beliau dan memindahka­n beliau ke sebuah hospis, di mana beliau meninggal dunia tiga hari kemudian.

Ketika mereka sedang menyediaka­n pengebumia­nnya, Alfonso Bennett telah muncul dalam jamuan barbeku diadakan oleh seorang temannya, menurut adikadikny­a dalam satu sidang media ketika keluarga Bennett dan Brittman mengumumka­n tuntutan mahkamah tersebut.

“Beliau menyatakan, ‘Dia di sini! Dia masih hidup!” Yolanda Harvey, salah seorang dari adik-beradik perempuan Bennett, memetik kawan tersebut sebagai berkata.

Lelaki yang meninggal dunia kemudian dikenal pasti melalui cap jarinya sebagai Elisha Brittman berusia 69 tahun.

“Perkara asasnya adalah situasi kesilapan identiti ini adalah sesuatu yang kami fikir dapat dielakkan dengan mudah dan seharusnya dielakkan,” menurut Cannon

Lambert, peguam bagi keluarga tersebut.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar Chicago Tribune, jabatan polis menyatakan ia telah membuka satu siasatan.

“Untuk menyatakan bahawa kami sekarang mempunyai persoalan merupakan satu kenyataan yang kurang benar,” menurutnya.

“Kami mempunyai beberapa detektif yang memeriksa dari setiap aspek bagi insiden ini dari respons insiden hingga kepada kesan membawa kepada kemasukan ke hospital dan pemakluman kepada anggota keluarga.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia