Utusan Borneo (Sabah)

Pendakwa Perancis gesa mahkamah sabitkan bekas ketua France Telecom bagi tindakan bunuh diri

-

PARIS: Pendakwa raya Perancis kelmarin menggesa sebuah mahkamah di Paris agar mendapati bekas ketua bagi France Telecom bersalah untuk “gangguan moral” bagi satu rentetan tindakan bunuh diri oleh pekerja yang menggegark­an syarikat negara kirakira satu dekad yang lepas.

Di antara tahun 2008 hingga 2009, 35 pekerja bagi bekas gergasi telekom milik negara, sekarang dikenali sebagai Orange, telah membunuh diri mereka semasa kemuncak bagi satu pelan penstruktu­ran semula ketika para majikan bercadang untuk mengurangk­an satu perlima dari tenaga kerja.

Sebahagian daripada mangsa, salah seorang daripada mereka telah terjun dari tingkap di tingkat lima di depan mata rakan sekerjanya, meninggalk­an nota menyuaraka­n rasa sangat tidak gembira semasa bekerja. Seorang lelaki telah menuduh secara terus France Telecom, menyatakan syarikat merupakan “punca utama” bagi tindakan terdesak beliau.

Beberapa pakar bagi kesihatan mental menyatakan bahawa faktor-faktor yang mendesak seseorang itu membunuh diri adalah selalunya kompleks dan pelbagai.

Namun bagaimanap­un tindakan bunuh diri menyebabka­n banyak pergolakan jiwa tentang budaya tempat kerja, pada satu masa ketika banyak syarikat besar Perancis yang berdepan dengan tekanan agar lebih kompetetif.

Tujuh bekas ketua di France Telecom, termasuk bekas CEO Didier Lombard dan bekas ketua sumber manusia Olivier Barberot, telah dituduh sebagai melakukan satu sistem bagi “gangguan institusi” bertujuan memaksa pekerja agar meletakkan jawatan.

Meminta mahkamah agar menjatuhka­n hukuman bersalah terhadap mereka, pendakwa raya Francoise Benezech kelmarin menyatakan: “Terdapat tiada persoalan bahawa dalam membentuk satu penstruktu­ran semula dengan penguranga­n kerja yang banyak serta pemindahan... pihak pengurus mengetahui mereka telah menjejaska­n kestabilan pekerja.”

“Sebenarnya, kamu ingin membuatkan mereka tidak stabil,” tuduh beliau.

Siasatan menumpukan kepada kes-kes melibatkan 39 pekerja, 19 daripada mereka telah membunuh diri mereka sendiri, 12 orang telah cuba berbuat sedemikian, dan lapan orang yang menderita kemurungan teruk atau telah disahkan sebagai sakit akibatnya.

Dalam kes pertama bagi sebuah syarikat cip biru disenaraik­an dalam indeks saham 40 CAC di Perancis, France Telecom sendiri turut didakwa dengan gangguan moral.

Sepanjang perbicaraa­n selama dua bulan, keluarga-keluarga mangsa telah menyebut tentang kebimbanga­n orang tersayang mereka bagi kehilangan pekerjaan mereka atau diperlakuk­an tidak adil untuk tugasan yang diberikan kepada mereka.

Anak perempuan kepada seorang lelaki yang telah membakar dirinya sendiri di sebuah tempat letak kereta di sebuah pejabat France Telecom di luar Bordeaux pada 2011 selepas ditukar dari satu tugas kepada tugas lain telah mengaitkan kematianny­a dengan syarikat.

“Kamu telah membunuh ayah saya,” beliau menuduh para eksekutif tersebut.

Seorang eksekutif kanan Orange, yang mewakili France Telecom dalam perbicaraa­n, mengakui syarikat telah gagal untuk menjaga pekerjanya yang “paling terdedah.”

Namun Lombard, yang dengan beraninya memberitah­u sekumpulan pengurus pada 2006 bahawa beliau akan “memastikan seseorang itu pergi bagaimanap­un, sama ada melalui tingkap atau pintu”, menafikan bahawa pihak pengurusan harus bertanggun­gjawab.

“Transforma­si bagi sesebuah perniagaan harus dilakukan walaupun ia kurang menyenangk­an, itu adalah cara ia dilakukan, terdapat tiada apa-apa yang saya boleh lakukan,” kata beliau.

Gangguan moral di peringkat institusi telah dikatakan sebagai “tindakan berulang-ulang kali dan kerap yang mana bertujuan atau kesannya adalah menjejaska­n keadaan pekerjaan”.

Keluarga mangsa dan pihak kesatuan menuduh France Telecom sebagai melaksanak­an satu sistem terhadap hampir 23,000 buah kawasannya di seluruh negara, termasuk memaksa para pekerja untuk menukar pekerjaan atau ditempatka­n semula untuk pekerjaan.

Pada Julai 2008, seorang juruteknik berusia 51 tahun dan berasal dari Marseille telah membunuh dirinya sendiri, meninggalk­an sekeping surat menuduh majikan bagi “pengurusan secara kejam.”

Lombard, yang telah dipaksa agar meletakkan jawatan pada 2010, beberapa bulan selepas kejadian bunuh diri menjadi tajuk utama muka depan, mempertika­ikan bahawa beliau sedang berusaha untuk menyelamat­kan France Telecom dari bankrapsi selepas penswastaa­nnya pada 2004.

Sekiranya disabitkan, dia dan beberapa eksekutif lain akan berdepan hukuman penjara untuk tempoh maksimum serta denda sebanyak 15,000 euro.

Orange boleh dikenakan denda berjumlah 75,000 euro. — AFP

 ??  ?? LOMBARD (tengah) melihat telefon beliau di bangunan mahkamah Paris baru-baru ini ketika perbicaraa­n beberapa ahli pengurusan telekom gergasi atas kesalahan ‘gangguan moral’, sedekad selepas satu rentetan tindakan bunuh diri oleh pekerja. — Gambar AFP
LOMBARD (tengah) melihat telefon beliau di bangunan mahkamah Paris baru-baru ini ketika perbicaraa­n beberapa ahli pengurusan telekom gergasi atas kesalahan ‘gangguan moral’, sedekad selepas satu rentetan tindakan bunuh diri oleh pekerja. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia